Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yakuza 5 Remastered – Grafik lebih jelas dan lebih menarik!

Nyny.A by Nyny.A
July 19, 2019
in Artikel, Berita, PS4, Review
0 0
0
Yakuza 5 Remastered – Grafik lebih jelas dan lebih menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang korang tahu, asalnya Yakuza 5 hadir di PlayStation 3 pada tahun 2012. Pada bulan lepas hadirnya versi remastered Yakuza 5 dari SEGA untuk PlayStation 4. Jadi apa lagi, saya pun turut berpeluang mencuba permainan ini! Untuk informasi la kan, masa Yakuza 5 keluar kat PlayStation 3, ia menjadi antara permainan popular masa tu okay! Jadi untuk Yakuza 5 ini, saya bermain sebagai lima hero, selamber pergi tengah-tengah berperang dengan clan Tojo dan Omi alliance!

Plot Penceritaan

Aksi Yakuza 5 Remastered berlaku dua tahun lalu selepas peristiwa yang terjadi di siri Yakuza 4. Kazuma Kiryu telah meninggalkan kerja lamanya sebagai Yakuza dan menjadi seorang pemandu teksi di Fukuoka. Tapi… Selamanya nak jadi pemandu teksi tu tak berkekalan pun, disebabkan perang antara clan Tojo dan perjanjian Omi, Kiryu terpaksa kembali semula ke jalan jenayah gangster nya.

Eh! Yang mana dah pernah main Yakuza 5 mesti dah tahu ni, “si naga Dojima” ini bukan nya satu-satu sahaja hero yang boleh dimainkan seperti kesemua Yakuza yang lalu, tetapi ada empat hero lagi yang boleh dimainkan. Jadi hero pertama dah tentulah Kiryu kan, yang kedua Shuna Akiyama (yang datang ke Osaka untuk urusa bisnes), ketiga Taiga Saejima (pernah menghabiskan masa tiga tahun di penjara), kemudian Tatsuo Shinada (bekas pemain baseball) dan yang terakhir adalah Haruka (anak angkat Kazuma Kiryu). Di samping plot utama permainan turut ada cerita sampingan tentang setiap watak.

Mekanik Permainan

Jujur lah saya katakan, pengeluaran Yakuza 5 di platform PlayStation 4 ini agak memuaskan lah. Berjalan pada enjin grafik yang baru berbanding dengan yang terdahulu, ternyata resolusi dan fps nya tidak banyak berbeza, hanya serba sedikit tambahan terperinci serta lebih lancar perjalanan yang menjadi ketara. Jadi kat situ saya agak berpuas hati la main Yakuza 5 remastered ni dari yang lama.

Grafik bagi bandar-bandar didalam Yakuza 5 seperti Kamurocho di Tokyo (inspirasi bandar Kabukicho), Sotenmori di Osaka (serupa seperti di Dotonbori), Nagasugai di Fukuoka (inspirasi dari Nakasu) dan banyak lagi lah, bandar ini semua telah dirender semula menjadi lebih kemas dari versi PlayStation 3. Perjalanan yang agak lancar juga ketara di Yakuza 5 remastered ini.

Beralih ke watak semula, kesemua daripada hero ini mempunyai watak yang terbuka. Tetapi dalam Yakuza 5 remastered ni korang boleh lihat sendiri setiap watak diberi perubahan yang lebih realiti di bahagian muka dan kulitnya. Terutama dalam kualiti grafik 1080p, segala kedut, bulu roma korang boleh nampak. Manakala untuk watak wanita didalam Yakuza~ ehem~ tetap sama dengan yang sebelum untuk menjadi lebih sempurna.

Ditambah juga dengan beberapa ciri ‘Heat Action’ serta Teknik berlawan istimewa untuk hero-hero ini. Jadi heat action ni nampak lebih menyerlah dari sebelum ini!

Kesimpulanya~

Memandangkan saya sedang membuat ulasan untuk versi remastered bagi permainan video yang berusia 7-tahun, tidak relevanlah untuk memberikan skor yang tepat. Tetapi ini sahaja yang saya boleh kata — remaster ini dilakukan dengan cukup sempurna, dengan memindahkan seluruh pengalaman dan intipati Yakuza 5 sambil meningkatkan apa sahaja yang diperlukan untuk memenuhi citarasa gamer kini.

Jika korang peminat siri Yakuza, anda akhirnya boleh memiliki keseluruhan siri di PS4 dengan keluaran remaster ini. Bagi mereka yang masih belum mengalami atau bermain siri Yakuza, saya sangat mengesyorkan untuk korang  mula bermain daripada Yakuza 1 Kiwami atau Yakuza 0 agar tidak keliru dengan jalan cerita Yakuza yang epik!

Okay korang boleh tengok sendiri perbezaan Yakuza 5 lama serta yang remastered disini;

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Yakuza 5 Review

8 Score

Yakuza 5 yang dibaik pulih dengan grafik yang lebih menyerlah

PROS

  • Puas hati dapat main semula di PS4 dengan lebih jelas dan laju

CONS

  • Tidak mempunyai perbezaan yang ketara

Review Breakdown

  • Nak lepas geram main balik kat PS4 dah boleh sangat! 0
Tags: reviewsegaYakuza 5Yakuza 5 RemasteredYakuza 5 Remastered review
Previous Post

5 Game Detektif yang Kamu Harus Cuba!

Next Post

Video Marvel’s Avengers Bakal Dikeluarkan Seminggu Selepas Gamescom

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Video Marvel’s Avengers Bakal Dikeluarkan Seminggu Selepas Gamescom

Video Marvel's Avengers Bakal Dikeluarkan Seminggu Selepas Gamescom

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd