Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Yakuza 0, Kiwami & Kiwami 2 kembali dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022!

safwan by safwan
July 6, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PC Game Pass, RPG, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Yakuza 0, Kiwami & Kiwami 2 kembali dalam  Xbox Game Pass bulan Julai 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Senarai game yang akan ditambah ke dalam Xbox Game Pass bulan Julai 2022 kini tersedia dengan kembalinya Yakuza 0, Yakuza Kiwami dan Yakuza Kiwami 2. Ketiga-tiga game ini telah tersedia untuk dimainkan melalui Xbox, PC dan juga Cloud.

Kalau korang nak tahu, Yakuza 0, Kiwami, dan Kiwami 2 pernah ditambah ke dalam Xbox Game Pass pernah ditambah dalam Xbox Game Pass tetapi tidak bertahan dengan lama dan dikeluarkan daripada servis itu pada Disember 2021. Kini, mereka telah mengembalikan ketiga-tiga game tersebut bersama-sama game lain.

Yakuza 0 – 5 Julai 2022 (Xbox, PC, Cloud)

Yakuza 0 adalah game action-adventure yang dikeluarkan untuk PS3 dan PS4 pada 2015. Ia juga di bawa masuk ke PC pada 2018 manakala Xbox One pada 2020. Dibangunkan dan diterbitkan oleh SEGA, ia merupakan ansuran yang ke-6 dalam siri Yakuza.

Game ini adalah prekuel kepada keseluruhan seiri kerana ianya berlaku pada 1988, 7 tahun sebelum masuknya bab satu dalam game pertamanya iaitu Yakuza Kiwami.

Yakuza Kiwami – 5 Julai 2022 (Xbox, PC, Cloud)

Game ini merupakan remake kepada game asal iaitu Yakuza yang pernah dikeluarkan pada 2006 di PS2, PS3 dan Wii U. Yakuza Kiwami telah dilancarkan pada 2016 di PS3 dan PS4 dan diikuti oleh Steam pada 2019 serta Xbox One pada 2020.

Ia berlaku pada 1995 di Kamurocho yang reka bentuknya telah diambil daripada bandar Kabuki Chō di Shinjuku, Japan.

Yakuza Kiwami 2 – 5 Julai 2022 (Xbox, PC, Cloud)

Ia juga merupakan remake kepada game Yakuza 2 yang pernah dilancarkan pada 2008. Game ini adalah sekuel kepada Yakuza Kiwami yang berlaku di bandar Sotenbori, Osaka.

Game ini telah dikeluarkan pada 2017 di PS4 manakala PC pada 2019.

Yang lagi menarik adalah Yakuza 3 Remastered, 4 Remastered, 5 Remastered dan 6: The Song of Life serta Yakuza: Like a Dragon pun ada. Jadi, korang boleh bermain siri Yakuza dengan penuh melalui Xbox Game Pass sahaja!

Berikut adalah senarai game lain mengikut tarikh yang akan dimasukkan ke dalam Xbox Game Pass pada bulan Julai 2022:

  • 5 Julai 2022
    • Last Call BBS (PC)
  • 7 Julai 2022
    • DJMax Respect V (Xbox, PC, Cloud)
    • Matchpoints: Tennis Championships (PC, Xbox, Cloud)
    • Road 96 (PC, Xbox, Cloud)
  • 14 Julai 2022
    • Escape Academy (Xbox, PC)
    • My Friend Peppa Pig (Xbox, PC, Cloud)
    • Overwhelm (PC)
    • Paw Patrol the MovieL Adventure City Calls (Xbox, PC, Cloud)
    • PoweWash Simulator (Xbox, PC, Cloud)

Apa tunggu lagi, cepat langgan Xbox Game Pass dan main siri Yakuza secara penuh bermula daripada Yakuza 0 sehingga Yakuza: Like a Dragon! Apa pun siri Yakuza memang menarik untuk dimainkan lagi-lagi dapat bermain tanpa membeli game, pasti lagi syok. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Muat turun di sini
Yakuza Kiwami 2
Publisher: Sega
Release Date: 2017-12-07
Microsoft Windows, PlayStation 4, Steam, Xbox One
Yakuza Kiwami 2 adalah permainan video aksi-pengembaraan yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Sega. Ini adalah pembuatan semula permainan video 2006 Yakuza 2 untuk PlayStation 2, dan merupakan judul pembuatan semula kedua siri ini setelah Yakuza Kiwami 2016. Ia dikembangkan menggunakan mesin permainan Dragon  dari Yakuza 6.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Xbox Game PassYakuza 0Yakuza KiwamiYakuza Kiwami 2
Previous Post

[Unboxing] Demon Slayer -Kimetsu no Yaiba- The Hinokami Chronicles, Nintendo Switch Limited Edition

Next Post

Anime Dragon Ball Super akan sambung pada 2023, filem baru sedang dibikin [Khabar angin]

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Anime Dragon Ball Super akan sambung pada 2023, filem baru sedang dibikin [Khabar angin]

Anime Dragon Ball Super akan sambung pada 2023, filem baru sedang dibikin [Khabar angin]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd