Hari ini, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan penambahan terbaru pada barisan produk AIoT pintar di Xiaomi Smart Living Showcase di Sunway Pyramid. Sorotan utama ialah Xiaomi TV A Pro 2025 Series, yang menyediakan ratio skrin-ke-badan yang jauh tinggi melebihi TV standard, dengan reka bentuk unibody bingkai logam dan reka bentuk bezel ultra-nipis.
Xiaomi turut memperkenalkan dua produk baharu, Xiaomi Smart Band 9 dan Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i.
Xiaomi TV A Pro 2025 Series

Siri TV terbaharu Xiaomi datang dengan paparan 4K QLED terang dengan warna tepat, paparan HDR 4K dengan teknologi ‘motion smoothing’, kemasan logam premium dengan reka bentuk bezel ultra nipis, bunyi bertenaga dengan sokongan Dolby AudioTM, DTS X dan DTS Virtual:X.
Dilengkapi dengan teknologi quantum dot display, Xiaomi TV A Pro 2025 Series menghidupkan suasana dengan liputan gamut warna dan paparan 1 bilion warna. Paparan ultra HD 4K dengan resolusi 3840 × 2160 menunjukkan imej dalam butiran terperinci manakala ‘wide color gamut’ (WCG) digabungkan dengan color calibration tepat daripada standard gamut warna DCI-P3.

Selain itu, teknologi Motion Estimation, Motion Compensation (MEMC) menjadikan imej gerakan berkelajuan tinggi lebih lancar dan menawarkan tontonan yang sempurna.
Xiaomi TV A Pro 2025 Series juga menyampaikan prestasi audio yang dipertingkatkan. Ia menggabungkan teknologi dual decoding Dolby Audio dan DTS:X untuk menghasilkan kesan bunyi yang jelas untuk pengalaman lebih mengasyikkan. Selain itu, teknologi DTS Virtual:X menghasilkan bunyi tiga dimensi yang mencipta semula pengalaman pawagam.

Xiaomi Smart Band 9

Xiaomi Smart Band 9 baharu menawarkan pilihan ciri kesihatan yang sangat luas. Dengan peningkatan sebanyak 16% untuk ketepatan pemantauan degupan jantung, Smart Band mengesan kadar denyutan jantung dan SpO₂ sepanjang hari, serta memantau kadar jantung berehat.
Dikuasakan oleh bateri 233mAh, Xiaomi Smart Band 9 memberikan sehingga 21 hari penggunaan berterusan, menjadikannya teman yang ideal untuk gaya hidup aktif. Paparan AMOLED 1.62″ menawarkan peningkatan 50% dalam kecerahan puncak, mencecah sehingga 1,200 nits, yang menjaminkan kejelasan walaupun di persekitaran luar yang terang.

Menyokong lebih 150 mode sukan, Xiaomi Smart Band 9 dilengkapi dengan ciri khusus untuk berlari dan berbasikal , termasuk 10 kursus dan metrik larian pada pergelangan tangan seperti VO₂ max dan masa pemulihan, semuanya direka untuk meningkatkan kecekapan latihan dan mengoptimumkan prestasi.
Xiaomi Smart Band 9 tersedia dalam empat warna: Glacier Silver, Midnight Black, Arctic Blue dan Mystic Rose.

Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i

Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i datang dengan sembilan ciri, termasuk 1152-zone Mini LED untuk kualiti gambar luar biasa, gambar HDR1000 yang jelas dan terang, refresh rate tinggi 180Hz untuk pengalaman gaming yang lancar, FreeSync untuk grafik cantik, tindak balas pantas 1ms, quantum dot dan gamut warna lebar 99% DCI-P3, cahaya persekitaran RGB dengan penampilan Esports, cahaya biru rendah yang selesa dengan TÜV Low Blue Light Certification dan stand berputar dengan ketinggian boleh laras.
Price and availability
Xiaomi TV A Pro 2025 Series, Xiaomi Smart Band 9 dan Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i kini boleh didapati dan boleh dibeli di mana-mana kedai Xiaomi Sah di Malaysia, atau dalam talian di mi.com dan kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.
Xiaomi OpenWear Stereo kini juga boleh didapati di kedai. Sebelum ini dilancarkan secara eksklusif secara dalam talian, Xiaomi OpenWear Stereo kini boleh dibeli di semua kedai Xiaomi Sah di Malaysia pada harga RM 499.
Berikut adalah harga rasmi bagi semua produk baharu yang diumumkan:
Produk | Harga | Harga ppromosi | Xiaomi Smart Living Showcase Exclusive |
Xiaomi TV A 55” 2025 | RM 1,999 | RM 1,699 | Berpeluang memenangi hadiah sehingga RM 4,599 |
Xiaomi TV A 43” Pro 2025 | RM 1,499 | RM 1,249 | |
Xiaomi TV A 55” Pro 2025 | RM 2,399 | RM 1,999 | |
Xiaomi Mini LED Gaming Monitor G Pro 27i | RM 1,899 | RM 1,599 | |
Xiaomi OpenWear Stereo | RM 599 | RM 499 | |
Xiaomi Smart Band 9 | RM 199 | RM 159 | Mystery Gift percuma |
Promosi Xiaomi Smart Living Showcase 2024
Semasa Xiaomi Smart Living Showcase 2024, hadiah sehingga RM 4,599 disediakan untuk pelanggan bertuah yang membeli produk baharu terpilih di pameran. Selain itu, pembeli yang membeli mana-mana produk Xiaomi melebihi RM 500 dalam satu resit ATAU Xiaomi Smart Band 9 layak menerima Mystery Gift, sementara stok masih ada.
Untuk masa yang terhad, dapatkan harga promosi eksklusif untuk produk Xiaomi baharu, sementara stok masih ada.
Untuk lebih banyak berita dan promosi, sila ikuti Xiaomi Malaysia Facebook group.
@gamersantaimy
Discussion about this post