Ubisoft akhirnya mengumumkan “Cross-Play Insider Session” untuk game FPS terbaru mereka iaitu XDefiant di mana ia akan berlangsung bermula 16 sehingga 20 Februari 2023 di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Ubisoft Connect.
Untuk “Cross-Play Insider Session” pada minggu ini, mereka telah menyediakan empat mode iaitu Escort, Zone Control, Domination dan Occupy. Manakala untuk map pula, mereka akan menampilkan banyak map termasuk map baharu iaitu Pueblito. Bersama dengan map baharu, Attica Heights, Arena, Dumbo, Emporium, Liberty, Mayday, Meltdown, Midway, Nudleplex, Showtime, Times Square dan Zoo juga akan hadir dalam sesi ini.

“Coss-Play Insider Session” pada minggu ini adalah memfokuskan kepada pengalaman semasa bermain menggunakan konsol dan juga cross-play. Walaupun masih banyak bug atau isu yang didapati di dalam game ini, mereka tetap akan menjalankan sesi ini untuk mencari segala masalah yang mungkin akan dihadapi oleh pemain.
Kepada sesiapa yang tidak mengenali XDefiant, ia merupakan sebuah game fast-paced arena shooter yang percuma untuk dimainkan. Game ini menggabungkan gunplay yang sengit dengan “personalized loadout” dan “specialized faction” di mana anda akan bertarung sebagai pasukan untuk menguasai permainan.

Saya ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa XDefiant akan melakukan “Cross-Play Insider Session” di PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui Ubisoft Connect pada 16 sehingga 20 Februari 2023. Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai “Cross-Play Insider Session”, anda boleh daftar DI SINI.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post