Hari ini, Xbox telah melancarkan acara Xbox Indie Game Showcase kedua mereka yang disiarkan secara langsung melalui platform Twitch! Mereka telah menampilkan pelbagai game indie baru bersama trailernya, dengan tayangan perdana, wawancara serta pelancaran kejutan. Bukan itu sahaja, Xbox juga berkongsi beberapa berita dan pengumuman untuk Xbox Game Pass. Jom kita lihat senarai game indie yang ditayangkan malam tadi!
Aeon Drive (2awesome Studios) – Konsol dan PC

Demo untuk Aeon Drive kini tersedia di Xbox One dan Xbox Series X|S. Anda akan bermain di dunia cyberpunk Neo Barcelona yang penuh aksi dan sentuhan pantas platformer. Ia boleh secara solo atau bersama hingga 4 pemain, dan berlari di pelbagai kawasan bandar neon. Pemain juga boleh menggunakan kemampuan merentas masa dan ruang untuk maju dalam permainan.
Lab Rat (Chump Squad) – Konsol dan PC

Lab Rat bakal tiba pada tahun 2022 nanti! Ia membawa pemain ke pengembaraan AI yang taksub dengan metrik untuk memantau, membuat profil dan menghiburkan anda melalui lebih 100 puzzle! Ujian beta untuk game ini sudah tersedia di laman permainan.
Library of Ruina (Project Moon) – Cloud dan Konsol

Ia telah dilancarkan hari ini bersama Xbox Game Pass, dan anda dapat menyaksikan kisah Angela, Sephirot serta Roland yang berlaku di Lobotomy Corporation. Pemain boleh menjemput tetamu yang berbeza untuk memperoleh pelbagai buku, kemudian menggunakan sewajarnya. Bagaimana ingin memanfaatkan koleksi buku ini terserah pada pemain sendiri di Library. Buku yang bagus akan membolehkan pemain menjemput tetamu baru dengan rahsia lebih besar dan meneroka rahsia City!
OlliOlli World (Private Label) – Konsol

Game ini membawakan genre action-platformer skateboard baru yang penuh dengan pelbagai personaliti. Anda boleh melakukan pelbagai jenis trik di dunia Radlandia, bertemu watak-watak berwarna-warni dan menerokai dewa-dewa skate yang mistik dalam pencarian untuk ke Gnarvana.
Sam & Max Save the World Remastered (Skunkape Games) – Konsol

Kini anjing dan arnab kegemaran semua orang telah kembali ke Sam & Max Save the World Remastered! Ini adalah versi baru dari musim pertama game episodik mereka yang telah dikemas kini. Game ini juga dihasilkan oleh pembangun asalnya bersama Steve Purcell.
Spaceline From the Far Out (Coffeenauts) – Konsol dan PC

Anda boleh mencuba demo game ini di Xbox One dan Xbox Series X|S sekarang! Spaceline From the Far Out membawa pemain ke genre co-op adventure dimana pemain bersama rakan mereka adalah kru syarikat pelancongan intergalaksi. Tugas anda adalah untuk membawa penumpang ke lokasi mereka dengan selamat, gembira, dan sedikit muntah.
The Big Con (Mighty Yell Studios) Konsol dan PC

Game ini bakal dilancarkan pada 31 Ogos 2021 nanti! Anda boleh berjalan-jalan di Amerika tahun 90-an sebagai remaja bermasalah yang cuba melarikan diri. Pemain boleh melakukan lukisan ketika tidak menyamar, menyeluk poket, dan menipu orang. Alami pengembaraan era 90-an yang penuh komedi ini!
Anda juga boleh melihat beberapa lagi game lain yang ditayangkan semasa acara Xbox Indie Game Showcase ini:
• ANVIL (Action Square)
• Aragami 2 (Lince Works) – akan tiba di Xbox Game Pass
• Button City (Subliminal)
• Evil Genius 2 (Rebellion Interactive) – akan tiba di Xbox Game Pass
• Inked (Byte Dance)
• Inkulinati (Yaza Games)
• Library of Ruina (Project Moon) – akan tiba di Xbox Game Pass
• Lightyear Frontier (FRAME BREAK)
• Loot River (Straka Studio)
• Mad Streets (Craftshop Arts)
• Pathfinder Wrath of the Righteous (Owlcat)
• Planet of Lana (Wishfully)
• Project Wingman (Meowza Games)
• Pupparazzi (Kitfox Games) – akan tiba di Xbox Game Pass
• RPG Time (Deskworks)
• Sable (Shedworks)
• She Dreams Elsewhere (Studio Zevere)
• Solace State (Vivid Foundry)
• Soup Pot (Chikon Club)
• Stardew Valley (Concerned Ape) – akan tiba di Xbox Game Pass
• The Vale: Shadow of the Crown (Falling Squirrel)
• The Wandering Village (Stray Fawn)
Ada beberapa game dari acara Xbox Indie Game Showcase ini sudah tersedia dan mempunyai demo yang boleh dicuba. Anda boleh layari laman rasmi Xbox untuk mendapatkannya sekarang! Bagi yang berminat, anda boleh membaca segala liputan kami berkaitan Xbox di pautan yang tersedia.
@gamersantaimy
Discussion about this post