Beberapa minggu yang lalu, Xbox telah bawa As Dusk Fall, Watch Dogs 2, MotoGP 22 dan banyak lagi dalam katalog Game Pass mereka. Kali ini, tujuh game baru akan sertai katalog Xbox Game Pass Ogos 2022. Jom kita lihat kesemua game-nya!
Ghost Recon Wildlands

Masuk ke dunia terbuka yang luas yang mencabar anda untuk meneroka, menemui operasi kartel dan menutupnya mengikut cara yang anda rasa sesuai. Gunakan semua kombinasi senjata, kenderaan dan taktik untuk memusnahkan aset kartel, mengalahkan ketuanya dan menyerang pusat kepimpinannya.
Two Point Campus (9/8)

Bina universiti impian anda dengan Two Point Campus, game simulator baru daripada pembangun Two Point Hospital. Bina, ambil kakitangan dan jalankan institusi akademik yang penuh dengan kursus pelik.
Cooking Simulator
Main salah satu game memasak terbaik! Kawal dapur realistik yang dilengkapi dengan semua jenis peralatan dan tempat duduk. Kuasai lebih 80 resipi atau gunakan berpuluh-puluh bahan untuk memasak semua makanan yang anda suka.
Turbo Golf Racing Preview (4/8)

Turbo Golf Racing ialah game arcade-style racing sehingga lapan pemain dalam talian. Rempuh bola golf yang bersaiz besar dan berlumba dengan rakan-rakan anda dengan pantas ke bendera penamat.
- Expeditions: Rome
- Offworld Trading Company
- Shenzhen I/O
Kesemua game ini akan tersedia pada bulan ini mengikut tarikh masing-masing. Anda sudah boleh bermain Ghost Recon Wildlands kerana ia sudah tersedia di Game Pass pada 2 Ogos 2022. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Game Pass daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post