2K mengumumkan bahawa Deluxe Edition dan Forty Years of WrestleMania Edition WWE 2K24, kini tersedia di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S, Xbox One dan Steam! Bagi anda yang membeli versi Standard dan Standard Cross-Gen, WWE 2K24 akan tersedia pada 8 Mac ini.

WWE 2K24 menampilkan beberapa ciri francais, serta beberapa penambahan dan kelainan baharu pada kegemaran peminat:
- 2K Showcase…of the Immortals: Showcase…of the Immortals meletakkan pemain dalam kawalan, bermain melalui detik-detik paling ikonik dalam sejarah WrestleMania sebagai Slingshot Tech tersendiri 2K dengan lancar mengubah game kepada rakaman live-action untuk pengalaman permainan video WrestleMania yang paling mengasyikkan setakat ini.
- Roster Ikonik: Game ini menawarkan senarai penuh bintang yang menampilkan WWE Legends termasuk “Stone Cold” Steve Austin, Undertaker, dan Andre the Giant, bersama Superstar WWE semasa termasuk “The American Nightmare” Cody Rhodes, Bianca Belair, John Cena, Rhea Ripley dan Roman Reigns.

- Match Type Baharu dan Penambahbaikan pada Match Types Sedia Ada: WWE 2K24 menyampaikan, dengan empat jenis perlawanan baharu yang huru-hara: Special Guest Referee, Ambulance Match, Casket Match, and Gauntlet Match. Selain itu, Backstage Brawl kini menampilkan sokongan 4 pemain dan elemen persekitaran interaktif baharu manakala Royal Rumble kini menawarkan sokongan untuk lapan pemain dalam talian dalam perlawanan online 30-Superstar. Semua jenis perlawanan WWE 2K yang biasa, seperti WarGames, Extreme Rules, TLC, Submission, Hell in a Cell dan banyak lagi juga kembali.

- MyGM: Simulasi pengurusan jenama WWE yang popular terus berkembang dengan GM dan jenama baharu untuk dipilih, lebih banyak jenis perlawanan, lebih banyak Drama, lebih banyak Kejohanan, pencari bakat, perdagangan Superstar antara jenama, pengurusan kontrak Superstar dan Superstar Journey baharu, yang membolehkan Superstar untuk memperoleh XP, melatih dan meningkatkan tahap untuk mendapatkan faedah baharu selepas menyertai perlawanan.
- MyFACTION: Mod membina pasukan di mana pemain mengumpul, mengurus dan menaik taraf pelbagai WWE Superstars dan Legends untuk mencipta puak empat orang dengan pasaran pembelian kad baharu dan pengalaman multiplayer yang dikemas kini. Pemain kini boleh bersaing dalam QuickPlay dalam talian dengan ganjaran unik dan leadership bermusim, mencabar diri mereka dengan Weekly Towers, dan menghadapi Faction Wars 2.0 yang telah diubah suai, menampilkan lebih banyak puak dunia sebenar, lebih banyak jenis perlawanan 4v4, kedai ganjaran khusus Faction Wars dan banyak lagi . Pek kad bertema dan goal baharu akan terus dilancarkan secara kerap sepanjang tahun dengan penyegaran kandungan bermusim
- MyRISE: Dua jalan cerita baharu diperkenalkan iaitu Undisputed (Lelaki) dan Unleashed (Wanita). Menampilkan Roman Reigns, Cody Rhodes, Mick Foley dan lain-lain dalam MyRISE buat kali pertama, bersama Superstar dan Legenda lain, ganjaran yang diperluas, watak MyRISE original dan persekitaran baharu.
- Universe: Sandbox WWE Universe membawa pemain alami barisan Superstars, perseteruan, juara, rancangan mingguan dan Premium Live Event kini menampilkan aksi Rivalry yang diperluas.

- Creation Suite: Hadir dengan sokongan serba baharu untuk Create-A-Referee dan Create-A-Sign, serta bahagian baharu dan animasi untuk mereka bentuk Superstar tersuai, GM, arena, pintu masuk, set bergerak, kejohanan dan banyak lagi.
- Soundtrack: Disusun oleh producer Executive Soundtrack dan ikon muzik Post Malone, WWE 2K24 menampilkan soundtrack termasuk artis merentas pelbagai genre, termasuk rock, metal, country, muzik elektronik dan rap.
- DLC Character Pack: Selebriti dan Superstar yang digemari peminat seperti CM Punk, Pat McAfee, Post Malone, Jade Cargill, Iron Sheik, Diamond Dallas Page, Mr. Perfect, dan ramai lagi akan sertai pek DLC yang akan dilancarkan pada masa akan datang atau melalui Season Pass.

Anda boleh melawat laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai WWE 2K24. Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post