Kuro Games secara rasmi mengumumkan pelancaran versi PlayStation 5 (PS5) bagi Wuthering Waves, serentak dengan pelepasan Versi 2.0 pada 2 Januari 2025.
Versi PS5 kini tersedia untuk dimuat turun melalui PlayStation Store, menawarkan grafik yang dipertingkatkan dan pengalaman yang lancar kepada pemain konsol.
Dear Rovers,
We are thrilled to announce that Wuthering Waves has officially launched on PlayStation®5 on January 2, 2025 (UTC+8). To help you seamlessly connect your PlayStation™Network (PSN) account with your Kuro Games account and sync your progress across platforms, we’ve… pic.twitter.com/48aq2qFLcx— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) January 2, 2025
Pemain yang memulakan pengembaraan mereka di PS5 boleh beralih ke platform PC atau mobile menggunakan akaun Kuro Games yang sama yang dipautkan ke akaun PSN mereka. Begitu juga, pemain PC dan mobile boleh mengakses game mereka di PS5 dengan akaun yang sama.
Hadiah Istimewa
Versi 2.0 kini juga tersedia di PC, iOS, dan Android, memperkenalkan pelbagai ciri baharu dan penambahbaikan. Untuk meraikan pelancaran ini, Kuro Games menawarkan hadiah percuma kepada semua pemain.
- Pemain yang mencapai Union Level 2 boleh menuntut 10 Radiant Tides dan 10 Crystal Solvents dengan log masuk sebelum penyelenggaraan kemas kini seterusnya.
- Bonus Log Masuk 7 Hari akan memberikan sejumlah 5 Radiant Tides dan 5 Lustrous Tides sepanjang tempoh ini.
- Bermula 29 Januari 2025, pemain akan menerima 1600 Astrite melalui beberapa e-mel. Hadiah ini sah sehingga penyelenggaraan versi seterusnya.
- Acara Dances for Spring’s Return: Companion Invitation Login berlangsung dari 23 Januari hingga 13 Februari 2025. Pemain yang mencapai Union Level 14 dalam tempoh ini boleh mendapatkan Sanhua’s Signature Outfit: Exorcistic Adjuration, bersama 10 Crystal Solvents dan ganjaran lain.
Wuthering Waves Version 2.0 is set to launch on January 2nd (UTC+8), and we’ve lined up all the freebies in the following compilation for you! Be sure to check!
The Carnevale is just around the corner, waiting for your grand entrance!#WutheringWaves #Rinascita pic.twitter.com/HYWMGNWO0f— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) January 1, 2025
Apa itu Wuthering Waves?
Berlatarbelakangkan planet pasca-apokalips Solaris-3, Wuthering Waves menceritakan kisah “The Lament”, satu peristiwa besar yang mencetuskan kemunculan makhluk misteri dikenali sebagai Tacet Discords. Pemain akan memainkan watak Rover, seorang protagonis yang hilang ingatan, meneroka dunia yang bergelut untuk pulih daripada kehancuran sambil mencari memori yang hilang dan menghadapi ancaman yang menggugat kelangsungan hidup tamadun.

Sebagai free-to-play open-world action RPG, Wuthering Waves menampilkan sistem pertempuran yang menggabungkan teknik mengelak, menangkis, dan kemahiran unik setiap watak. Pemain boleh mengawal Rover serta pelbagai watak lain yang dikenali sebagai Resonators, dikategorikan mengikut 4-bintang dan 5-bintang, masing-masing dengan abiliti dan elemen tersendiri.

Game ini menggunakan sistem gacha untuk mendapatkan Resonator dan senjata baharu, dengan tiga jenis banner—novice, event, dan standard—serta sistem pity yang menjamin item rare selepas sejumlah pull tertentu.

Bagi mereka yang berminat, Wuthering Waves kini boleh dimainkan di PS5, PC, iOS, Android, dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post