Wuthering Waves akhirnya akan dilancarkan tidak lama lagi pada 23 Mei 2024. Selepas dua ujian beta yang berjaya, Kuro Games mengadakan siaran langsung yang memberi info terperinci tentang kandungan dan bonus yang akan kami alami dalam game Wuthering Waves.
Bersama pengumuman pelan untuk versi rasmi, kami juga dapat melihat apa yang telah ingin diberi oleh pembangun sebagai hadiah sempena pelancaran game. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah perkara utama yang diumumkan:
Hadiah Pra-pendaftaran Untuk Semua
Semua pemain yang pra-daftar akan menerima:
- Shell Credit x 80,000
- Advanced Resonance Potion x 10
- Astrite x 200
- Sigil: En Route x 1
- Lustrous Tide x 20
Sebagai tambahan hadiah pra-daftar, semua pemain akan menerima “Rangers’ Series Weapon of Choice” untuk pencapaian 5 jumlah pengikut di semua platform media sosial.
Celebrating Wuthering Waves’ 30 Million Global Pre-registrations!
— Wuthering Waves (@Wuthering_Waves) May 16, 2024
All Pre-registration Milestones have been reached. Upon official release, you can claim the following rewards via the in-game mailbox: Lustrous Tide x20, Sigil: En Route, Astrite x200, Advanced Resonance Potion… pic.twitter.com/GXZqyIPEad
Gifts Of Thawing Frost
Gifts Of Thawing Frost ialah event yang hanya memerlukan anda log masuk ke dalam game untuk mendapatkan ganjaran baharu setiap hari selama 7 hari secara keseluruhan termasuk watak percuma Sanhua. Sanhua adalah watak 4★ daripada elemen Glacio yang menggunakan senjata jenis Sword.

Rumbling Hollows
Rumbling Hollows ialah event yang memerlukan anda membuka mode Tower of Adversity dan menyelesaikan Experiment Zone di sana. Ia juga akan memberi watak percuma bernama Yuanwu. Yuanwu ialah watak 4★ daripada elemen Electro yang menggunakan senjata jenis Gauntlet.

Limited Banner – Patch 1.0
Sama seperti Close Beta Test 2, Jiyan dan Yinlin dipilih sebagai Limited Banner untuk Patch 1.0. Banner Jiyan akan berlangsung dari 23 Mei hingga 13 Jun manakala banner Yinlin akan berlangsung dari 13 Jun hingga 04 Julai.
Jiyan merupakan 5★ daripada elemen Aero yang menggunakan senjata jenis Broadblade. Yinlin pula adalah watak 5★ daripada elemen Elektro yang menggunakan senjata jenis Rectifier.


Banner Istimewa
Utterance of Marvels: merupakan beginner banner yang menampilkan 5 watak “Standard”. Menjamin sekurang-kurangnya satu watak standard 5★ rawak (dijamin pada 50 pity) dan disertakan dengan diskaun apabila gacha (hanya menggunakan 8 pull, bukannya 10 untuk setiap 10 pull). Watak dalam banner ini ialah:
- Verina (Spectro – Rectifier)
- Calcharo (Electro – Broadblade)
- Ling Yang (Glacio – Gauntlets)
- Jianxin (Aero – Gauntlets)
- Encore (Fusion – Rectifier)

Beginner Convene of Choice: Merupakan satu lagi banner untuk newbie! Anda boleh memilih mana-mana watak standard 5★ dan boleh memperolehnya dalam 80 pull!

Ganjaran Tambahan
Daripada kedua-dua banner di atas, ini bermakna kita boleh mendapatkan dua watak 5 bintang dalam 120 pull – satu watak rawak dan satu watak pilihan anda! Untuk membantu pemain, game ini akan menghadiahkan banyak tiket bonus kepada anda semasa hari pelancaran Wuthering Waves.
Selain daripada 20 tiket standard yang akan kami terima daripada ganjaran prapendaftaran, 20 tiket lagi akan tiba dalam e-mel in-game kami.

Wuthering Waves akan dilancarkan pada 23 Mei di iOS, Android, PC dan macOS.
@gamersantaimy
Discussion about this post