Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wow! Dragon Ball rupanya dihasilkan dengan kolaborasi studio Malaysia!

Ya ianya adalah Lensa Film Sdn Bhd!

Nyny.A by Nyny.A
September 14, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, Komik, Manga, Tempatan
0 0
0
Wow! Dragon Ball rupanya dihasilkan dengan kolaborasi studio Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa sangka tertular di media sosial hari ini bahawa siri manga/animasi terkenal sepanjang zaman iaitu Dragon Ball hasil dari Akira Toriyama rupa-rupanya ada studio tempatan dari Malaysia yang turut berkolaborasi dalam pembikinan Dragon Ball! Iya, dikongsikan oleh pengguna Facebook Nahar Fadzil di Group Malaysiaku Dulu Dulu.

Menurutnya, beliau merupakan pasukan awal animasi Malaysia yang dahulunya bernama Lensamation Sdn Bhd  menghasilkan siri popular ini dengan kerjasama syarikat animasi Jepun iaitu TOEI DOGA Animation (TDA). Melalui sejarah Lensa Film Sdn Bhd, mereka telah membuat projek ini bermula tahun 1985! 6 artis terpilih untuk dilatih dibawah TDA dan ketika itu Lensa Film membawa 5 pakar animasi dari Jepun untuk melatih lebih daripada 70 artis animasi tempatan, semuanya dalam jangka masa 2 tahun. Individu-individu ini diberi peluang untuk bekerja sambil dilatih pada masa yang sama dan ini telah menyumbang kepada perkembangan industri animasi negara.

Sumber: Lensa Film

En. Nahar juga menyatakan di ruangan komen, beliau bertugas sebagai pelukis dan inker, cuma storyboarding dihasilkan oleh pengarah skrip dari TDA. Wakil dari TDA akan turun ke Malaysia untuk pemantauan dari segi kualiti dan penyeragaman animator dari Jepun dan Malaysia.

Sumber: Nahar Fadzil

“Ini pix personal aku bersama geng-geng awal animasi M’sia seawal 1988.”
“Skrg bila rerun di tv aku bgtau “ayah lah yg buat Dragonball ni dulu”, anak aku x percaya!”

-Nahar Fadzil

Sejarah pendek Dragon Ball:

Dragon Ball adalah francais media Jepun yang diciptakan oleh Akira Toriyama pada tahun 1984. Manga awal  yang ditulis dan diilustrasi oleh Toriyama, disiarkan dalam Weekly Shōnen Jump dari tahun 1984 hingga 1995, dengan 519 bab individu dikumpulkan menjadi 42 volume tankōbon oleh penerbitnya Shueisha. Dragon Ball pada mulanya diilhamkan oleh novel klasik China Journey to the West abad ke-16, serta filem seni mempertahankan diri Hong Kong.

Siri ini mengikuti petualangan protagonis, Son Goku, dari masa kecilnya hingga dewasa ketika dia berlatih dalam seni mempertahankan diri. Dia menghabiskan masa kecilnya jauh dari peradaban sehingga dia bertemu dengan seorang gadis remaja bernama Bulma, yang mendorongnya untuk bergabung dalam pencariannya dalam menjelajahi dunia untuk mencari tujuh bola yang dikenali sebagai Bola Naga, yang memanggil naga pemberian harapan ketika dikumpulkan. Sepanjang perjalanannya, Goku kenal dengan beberapa teman lain, menjadi keluarga, menemukan warisan asingnya dan memerangi pelbagai penjahat, yang kebanyakannya juga mencari Bola Naga.

Lensa Film juga telah berkalobrasi dengan beberapa animasi lain seperti Sailormoon dan Transformers. Mereka juga telah menghasilkan beberapa animasi tempatan yang pernah disiarankan di TV tempatan Malaysia seperti animasi Kacang dan Ranggi. Siapa sangkakan, seorang bapa yang mengongsikan sejarah menarik untuk diketahui seluruh rakyat Malaysia? Pasti berbangga bila menyatakan pekara ini, biarlah orang tidak percaya, tetapi bukti ada, biar tersenyum sendiri asalkan sejarah itu indah. Sampai sekarang Dragon Ball tetap menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia! Tahniah atas kerjasama hebat Lensa Film bersama TDA!

Sumber: Nahar Fadzil; Lensa Film Sdn Bhd

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: akira toriyamaDragon BallFacebookGroup Malaysiaku Dulu DuluLensa Film Sdn BhdLensamation Sdn BhdNahar FadzilTOEI DOGA AnimationTOEI DOGA Animation (TDA)
Previous Post

Fist of the North Star: Ken’s Rage 2 akan diadaptasikan ke versi mobile! Game anime ala-ala siri Musou!

Next Post

Ash Ketchum rupanya ada adik lelaki! Diperkenalkan dalam Pokemon Journeys!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!
Preview

Previu Duet Night Abyss (CBT 2) – Sebuah Game Yang Mampu Mengubah Persepsi Gacha!

June 13, 2025
Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia
Demo

Love In Tiny Spaces – Game Romance Yang Memerlukan Stealth, Demo Kini Tersedia

June 13, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater Dedah Mod Online Istimewa & Minigame Eksklusif Mengikut Platform

June 13, 2025
Next Post
Ash Ketchum rupanya ada adik lelaki! Diperkenalkan dalam Pokemon Journeys!

Ash Ketchum rupanya ada adik lelaki! Diperkenalkan dalam Pokemon Journeys!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd