Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Warships lancar kruiser Pan-Asia termasuk KD Rahmat dari Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 20, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PC, PS4, PS5, Simulator, Tempatan, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
World of Warships lancar kruiser Pan-Asia termasuk KD Rahmat dari Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Wargaming, penerbit dan pembangun permainan video free-to-play berbilang pemain ala tentera laut World of Warships, akan melancarkan rangkaian kruiser Pan-Asia Tier V-X baru termasuk sebuah kapal dari Malaysia dalam kemas kini kali ini. Selain daripada itu, para pemain boleh menyewa kapal super di dalam mod permainan Random Battles, Asymmetric Battles membuat kemunculan semula, dan Gudang Senjata telah dilengkapi dengan beberapa penambahan terbaru yang hebat. 

Kruiser Pan-Asia: Bahagian Satu

Dalam acara baru pertama tahun ini, buat julung kalinya para pemain boleh mengemudi enam kruiser Pan-Asia – kapal yang terkenal dengan meriam berkaliber kecil tetapi dengan kadar tembakan yang pantas dan torpedo laut dalam yang kuat. Antara kruiser yang bakal masuk ke World of Warships termasuk Tier V Chungking dari Republik Rakyat China dan Tier VI Rahmat dari Malaysia, hinggalah kepada Tier X Jinan yang juga dari Republik Rakyat China. 

Terdapat 28 misi pertempuran terbaru yang akan dilancarkan dalam empat kumpulan minggu demi minggu, yang didatangkan dengan pelbagai ganjaran untuk para pemain yang berjaya menyempurnakannya, seperti akses awal kepada Tier V Chungking dan Tier VII Chumphon serta token Pan-Asia. Sumber sementara terbaru ini boleh ditebus untuk pelbagai jenis penyamaran, tampalan, dan pakej yang tersedia secara berurutan bagi Tier VI Rahmat dan Tier VIII Harbin serta Tier IX Sejong dan kulit khas mereka. Dragon Port juga telah dikemaskinikan sempena acara ini!

Selaras dengan tema kruiser Pan-Asia, para pemain juga boleh meraikan Tahun Baru Cina dengan menyertai misi pertempuran bagi mendapatkan bendera, kotak istimewa dan pelbagai barangan lain yang bertema perayaan tersebut. 

Dapatkan Token Portal menerusi media sosial 

Kemas kini 0.11.0 turut menggalakkan para pemain untuk meraih Token Portal bagi mendapatkan kulit Istana Jepun untuk Fuso, eksklusif untuk para peminat World of Warships di dalam Twitch dan Discord, serta pemain yang aktif merekrut pemain baru.

Mulai 19 Januari dan di sepanjang kemas kini ini, Token Portal boleh dikumpul menerusi misi yang diumumkan melalui Twitch pada setiap minggu dan aktiviti Discord. Para pemain boleh menebus ganjaran bagi mendapatkan kulit atau membuka misi maraton yang menawarkan kulit sebagai hadiah utamanya. 

Perubahan saiz Kapal Super untuk Random Battles dan kemunculan semula Asymmetric Battles

Selepas menjalani pelbagai ujian samudera di dalam Ranked dan Co-op Battles, Kapal Super kini bersedia untuk menjalani fasa ujian baru yang lebih meluas lagi di dalam Random Battles, menjadikan penambahan baru paling popular ini sebagai mod permainan tetap di dalam World of Warships.

Asymmetric Battles kini kembali! Mod pertempuran dengan jumlah kapal yang berbeza pada sesebuah pasukan telah menjalani beberapa perubahan sejak ketiadaannya, yang kini mengandungi 6 hingga 8 kapal Tier IX dan X pada sebelah pasukan dan 9 hingga 12 kapal Tier VII dan VIII pada pasukan yang lain. 

Penambahan dalam Gudang Senjata

Akhir sekali, projek kruiser pertempuran Incomparable boleh didapati di dalam Gudang Senjata untuk Besi, padat dengan pelbagai jenis kelengkapan. Dilengkapi dengan meriam utama 508-mm dan dua tiub torpedo empat paip, kapal ini bukan sahaja pantas membelah samudera, tetapi juga berkuasa. 

Butiran penuh mengenai kemas kini terbaru ini boleh didapati di sini.  

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Akses awalkruiserMalaysiaWorld of Warships
Previous Post

Tembak Pikachu dengan game indie FPS Pokemon – Pokemon Gun!

Next Post

Perang antara peminat One Piece dan Attack on Titan di IMDb!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Perang antara peminat One Piece dan Attack on Titan di IMDb!

Perang antara peminat One Piece dan Attack on Titan di IMDb!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd