Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

World of Dragon Nest – Pengembaraan Pertama ke Dunia Fantasi Baru!

Pandangan pertama sempena Close-Beta Test.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 9, 2019
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
World of Dragon Nest – Pengembaraan Pertama ke Dunia Fantasi Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Para pencinta MMORPG pasti teruja dengan permainan video baru, World of Dragon Nest yang baru sahaja menamatkan Close-Beta Test (CBT) semalam. Jujur, pandangan peribadi saya ialah permainan ini nampak sangat menjanjikan dan penuh potensi kerana berjaya menggabungkan banyak aspek daripada Dragon Nest di pelantar PC ke pelantar mobile.

Permainan ini datang dari kerjasama antara Nexon dan Eyedentity, developer kepada Dragon Nest dan juga prekuel permainan World of Dragon Nest. Dengan pengembaraan baru, tentu saja permainan ini akan memberi rasa nostalgia untuk peminatnya. Ingin tahu apa saat-saat nostalgia yang berada di World of Dragon Nest? Jum usya ulasan kami dulu kawan-kawan!

Kisah Epik paling Menyayat Hati!

Bermulanya kami di World of Dragon Nest, korang akan diingatkan semula kepada kisah terbentuknya dunia Dragon Nest dan dongeng-dongeng Dewa.

Seolah-olah mengulang takdir yang dicipta oleh Desmodeus, pemain akan ditarik ke dunia imaginasi Alteria dan perbalahan antara Dewi Althea dan Vestinel. Naga Pelindung dan Naga Gelap yang timbul dari perbalahan antara Dewi inilah bakal menjadi raksasa terkuat bagi pemain memburu dalam permainan.

Pengalaman baru Open-World di dunia Dragon Nest!

Tidak seperti pendahulunya yang menggunakan sistem berasaskan dungeon, World of Dragon Nest menggunakan sistem open world. Ini adalah peningkatan dan inovasi yang harus dihargai daripada Eyedentity dan Nexon kerana selepas dimuatkan sistem open world, World of Dragon Nest memberi pengalaman pengembaraan yang jauh berbeza daripada versi permainan Dragon Nest PC.

Selain itu, keaslian Dragon Nest juga dikekalkan oleh Eyedentity, daripada raksasa, efek skill, atau visual permainan. Secara keseluruhan, pengalaman permainan yang Eyedentity cuba beri tidak berubah begitu banyak. Walau bagaimanapun, pelaksanaan sistem open world merupakan satu perubahan yang cukup bagus dan menarik kerana menawarkan pengalaman pengembaraan unik baru tetapi masih nostalgik dalam dunia Dragon Nest.

Pilihan Kerjaya Klasik dengan Kebebasan untuk Memilih Jantina

Close-Beta Test World of Dragon Nest dibuka dengan empat pilihan Job iaitu Warrior, Cleric, Sorceress, dan Archer. Sebelum ini, Dragon Nest memiliki dua tambahan Job, iaitu Kali dan Tinkerer tetapi kedua Job ini masih belum diimplementasikan kerana World of Dragon Nest ingin memperkenalkan empat Job klasik ini dahulu.

Satu perkara menarik tentang aspek Job di World of Dragon Nest ialah kehilangan sistem satu jantina. Pemain boleh bermain sebagai Sorceress dengan pilihan jantina lelaki atau Cleric dengan pilihan jantina wanita. Sudah tentu, aspek ini menjadi lebih bernilai kerana sebelum ini kami tidak terikat dengan satu jantina dalam Dragon Nest PC.

Sistem Pertempuran Penuh Aksi dan Mendebarkan!

Salah satu perkara yang membezakan Dragon Nest daripada MMORPG lain adalah dari gaya pertempurannya yang lebih mengutamakan aksi secara depan. Warrior akan bertarung secara jarak dekat dengan kombo yang pasti binasa manakala Sorcerer mempunyai banyak sihir unik dan bahaya untuk digunakan di belakang. Untuk pandangan pertama, permainan ini boleh disamakan dengan sistem hack dan slash.

Di World of Dragon Nest, sistem pertempuran yang tangkas ini adalah sebuah daya tarikan bagi saya. Dengan kawalan butang yang serupa dengan permainan MOBA, World of Dragon Nest akan menguji ketangkasan pemain untuk mengeluarkan combo sambil mengelak serangan musuh.

Dungeon & Boss yang Menguji Kesabaran Jiwa

Selepas menggabungkan ciri-ciri MMO dan RPG yang sangat mencabar, tidak lengkap lah jika saya tidak sebut tentang musuh-musuh atau raksasa agresif serta Boss Character di Dungeon World of Dragon Nest. Dalam Close-Beta Test, World of Dragon Nest menampilkan pelbagai Boss dan beberapa dungeon ikonik yang turut muncul dalam Dragon Nest PC.

Beberapa watak Boss ini akan menguji ketangkasan pemain untuk bekerjasama dengan pemain lain. Selain itu, beberapa watak Boss juga mempunyai mekanisme unik dan berbeza antara satu sama lain. Jika pemain lalai sekejap, kemungkinan untuk Party anda dihapuskan sangat tinggi

Kesimpulan

Sebagai sebuah MMORPG yang berubah daripada sistem permainan dahulu, World of Dragon Nest berjaya meghasilkan kesan yang kuat dan pengalaman bermain yang menyeronokkan. Oleh itu, World of Dragon Nest adalah antara permainan mobile paling dinanti-nantikan untuk keluarannya di SEA. Buat masa ini, peminat hanya mampu sabar. Apabila masanya tiba, jumpa kamu di Saint’s Heaven ya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ArcherClericClose-Beta TestEyedentitymmorpgMobilenexonOpen WorldSorceressWarriorWorld of Dragon Nest
Previous Post

Antara Momen Lucu Dari Siri Anime Kegemaran iaitu NARUTO!

Next Post

Devil May Cry Mobile, dan 25 judul lain antara game yang akhirnya diluluskan di China!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Devil May Cry Mobile, dan 25 judul lain antara game yang akhirnya diluluskan di China!

Devil May Cry Mobile, dan 25 judul lain antara game yang akhirnya diluluskan di China!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd