Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wo Long: Fallen Dynasty diumumkan untuk Xbox & PC, dibuat oleh Team Ninja

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2022
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Seram, Xbox Series X|S
0 0
0
Wo Long: Fallen Dynasty diumumkan untuk Xbox & PC, dibuat oleh Team Ninja
Share on FacebookShare on Twitter

Dari Ninja Gaiden hingga ke Nioh, nampaknya studio terkenal Team Ninja kini mengambil langkah pertama ke projek seterusnya iaitu Wo Long: Fallen Dynasty. Baru sahaja diumumkan semasa acara Xbox & Bethesda Games Showcase 2022, game ini kelihatan sama seperti game soulsborne tetapi dengan mitologi Three Kingdoms.

Trailer pengumuman untuk Wo Long: Fallen Dynasty adalah sepenuhnya sinematik. Walaupun tiada langsung gameplay kita tahu bahawa jalan ceritanya berdasarkan kisah Three Kingdom, dan mengisahkan peperangan antara kerajaan-kerajaan China dari 220 hingga 280 AD (sama seperti Nioh yang berlangsung pada zaman Sengoku Jepun). Tidak sepenuhnya tulen mengikut sejarah, game ini menceritakan semula era itu dalam cara yang lebih gelap dan mengisinya dengan elemen sihir, wira dan entiti jahat yang luar biasa.

Antagonis utama Wo Long: Fallen Dynasty adalah iblis, tetapi bukan mereka sahaja yang kita perlu hadapi. Era Three Kingdoms membolehkan kita bertemu pelbagai watak popular dalam game dan trailer pun menunjukkan salah satu watak yang saya yakin ramai akan kenal iaitu – Lu Bu! Ini bukan Lu Bu versi Dynasty Warriors ya, jadi kemungkinan besar kita akan bertarung dengannya pada satu titik dalam game nanti.

Seperti saya kata tadi, gameplay game ini masih belum didedahkan, tetapi peminat sudah mula membuat andaian. Satu aspek besar adalah identiti produser. Mereka secara rasmi mengesahkan bahawa produksi akan diuruskan oleh Fumihiko Yasuda dan Masaaki Yamagiwa. Yasuda sebelum ini mengarahkan kedua-dua Nioh dan Nioh 2, manakala Yamagiwa terkenal dengan penglibatannya di Bloodborne.

Jadi teori terbesar adalah game ini akan jatuh di bawah genre soulsborne. Itu sahaja yang saya tahu buat masa sekarang tentang gameplay.

Penerbit Koei Tecmo akan melancarkan Wo Long: Fallen Dynasty pada awal 2023 dan untuk menarik perhatian para gamer, game ini akan tersedia sebagai untuk Xbox Game Pass di PC, konsol dan cloud pada hari pertama pelancaran.

Peminat boleh menjangkakan lebih banyak info tentang Wo Long: Fallen Dynasty dalam masa terdekat. Untuk baca segala liputan kami tentang game atau update terbaru, sila klik sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PCteam ninjaWo Long: Fallen Dynastyxbox
Previous Post

Steam berikan 2 GAME PERCUMA! Antaranya ARK: SURVIVAL EVOLVED!

Next Post

Netflix umumkan Squid Game musim ke-2, teaser baharu menampilkan patung “Red Light, Green Light”!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Netflix umumkan Squid Game musim ke-2, teaser baharu menampilkan patung “Red Light, Green Light”!

Netflix umumkan Squid Game musim ke-2, teaser baharu menampilkan patung "Red Light, Green Light"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd