Diumumkan pada bulan Jun lalu, kini Wo Long: Fallen Dynasty mempunyai tarikh pelancaran di mana ia akan dikeluarkan pada 3 Mac 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Tidak cukup dengan itu, korang yang langgan Xbox Game Pass pun boleh main game ini pada hari pertama pelancaran lagi.
Wo Long: Fallen Dynasty akan berdasarkan kisah Three Kingdom yang mengisahkan peperangan antara kerajaan-kerajaan China dari 220 hingga 280 AD (sama seperti Nioh yang berlangsung pada zaman Sengoku Jepun). Tidak sepenuhnya tulen mengikut sejarah, game ini menceritakan semula era itu dalam cara yang lebih gelap dan mengisinya dengan elemen sihir, wira dan entiti jahat yang luar biasa.

Antagonis utama Wo Long: Fallen Dynasty adalah iblis, tetapi bukan mereka sahaja yang kita perlu hadapi. Era Three Kingdoms membolehkan kita bertemu pelbagai watak popular dalam game dan trailer pun menunjukkan salah satu watak yang saya yakin ramai akan kenal iaitu – Lu Bu! Ini bukan Lu Bu versi Dynasty Warriors ya, jadi kemungkinan besar kita akan bertarung dengannya pada satu titik dalam game nanti.
Gameplay trailer bagi game ini juga telah dikeluarkan dan korang boleh layan videonya di bawah:
Melalui video gameplay trailer tersebut, kita dapat lihat pelbagai demon dan pertempuran berdasarkan pedang telah ditunjukkan. Tidak dilupakan juga seni mempertahankan diri Cina. Tengok trailer pun dah rasa seronok, lagi pula nanti bermain semasa dilancarkan.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Wo Long: Fallen Dynasty bakal dilancarkan pada 3 Mac 2023 di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam. Ia juga akan tersedia di Xbox Game Pass pada hari pertama pelancaran. Jadi, korang yang langgan memang berbaloi.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post