Hari ini Wizards of the Coast, membuat beberapa pengumuman utama untuk francais terkenalnya Magic: The Gathering dan Dungeons & Dragons di acara Wizards Presents 2022. Jimmy Wong, Ginny Di, dan Sydnee Goodman selaku hos mempamerkan pelbagai produk penceritaan fantasi yang baru dan menarik di acara yang anda boleh tonton melalui YouTube Dungeons & Dragons dan Magic: The Gathering.
Di sini, kami membuat ringkasan tentang kandungan yang dipamerkan di Wizards Presents 2022, jadi berikut adalah produk dan inisiatif yang bakal datang pada akhir tahun ini, pada tahun 2023, dan seterusnya:
Dungeons & Dragons

Playtesting untuk One D&D bermula hari ini! One D&D ialah nama samaran untuk Dungeons & Dragons generasi seterusnya yang menggabungkan peraturan dikemas kini, boleh dimainkan sekali bersama D&D Beyond edisi ke-5, dan pengalaman awal bermain digital D&D . Anda boleh pergi ke DnDBeyond.com hari ini untuk mendaftar bagi menyertai ujian playtest awam One D&D.
Selain itu, mereka memperkenalkan Dragonlance: Shadow of the Dragon Queen, set pengembaraan D&D di dunia Krynn dengan latar belakang War of the Lance. Dragonlance: Warriors of Krynn ialah permainan papan yang membolehkan pemain mencuba pertempuran besar-besaran dan membuat keputusan mengenai peristiwa penting semasa berperang.


Anda boleh memainkan kedua-duanya serentak dalam satu kempen yang sama. Shadow of the Dragon Queen akan tersedia di mana-mana sahaja dengan cover standard manakala cover alternatif hanya tersedia melalui kedai rasmi D&D. Satu lagi varian juga tersedia iaitu Shadow of the Dragon Queen Deluxe Edition, yang mengandungi pengembaraan, permainan papan, dan skrin Dungeon Master eksklusif.
Berikutan pemerolehan set alat digital D&D Beyond pada awal tahun ini, Dungeons & Dragons akan menawarkan sejumlah kandungan fizikal dan digital kepada peminat di D&D Beyond bersama Dragonlance: Shadow of the Dragon Queen. Prapesan sekarang di dndstore.wizards.com untuk mendapatkan akses awal di D&D Beyond pada 22 November 2022.
Seterusnya, D&D juga akan meraikan ulang tahun ke-35 Drizzt dengan cover baharu bagi semua novel Legends of Drizzt oleh R.A. Salvatore. The Legend of Drizzt Visual Dictionary akan menceritakan sejarah, makhluk, senjata, musuh dan sekutu dalam satu buku. Pada masa yang sama – untuk membawa legenda itu ke arah baru, webcomic Drizzt Family akan menampilkan Brie, anak perempuan Drizzt dan Cattie-Brie, yang “meminjam” pedang ayahnya Twinkle untuk membuktikan dia pun sama hebat seperti nenek moyangnya.
Berikut ialah lima produk menarik yang datang di D&D pada tahun 2023:
- Musim Sejuk 2023 – Keys from the Golden Vault
- Ocean’s Eleven bertemu D&D dalam buku pengembaraan pendek berkisarkan rompakan.
- Musim Bunga 2023 – Bigby Presents: Glory of the Giants
- Pendamping kepada Fizban’s Treasury of Dragons yang kali ini memberi tumpuan kepada gergasi.
- Musim Panas 2023 – The Book of Many Things
- Koleksi makhluk, lokasi, dan barang lain yang berkait dengan Deck of Many Things.
- Musim Panas 2023 – Phandelver Campaign
- Mengembangkan klasik Lost Mine of Phandelver menjadi kempen penuh dengan unsur seram kosmik.
- Musim Luruh 2023 – Planescape
- Seperti Spelljammer: Adventures in Space, Planescape merangkumi tiga buku: panduan latar belakang, bestiary dan pengembaraan kempen
Magic: The Gathering
Wizards of the Coast kemudian mendedahkan produk akan datang dalam barisan produk Universe Beyond, yang membolehkan peminat bermain dengan kad yang mewakili tetapan fiksyen ikonik dan watak dalam budaya pop.




Peminat dapat pandangan pertama tentang entri terbaru dalam Universe Beyond, Warhammer 40,000. Selain daripada empat dek Commander, empat Sol Rings telah direka bertemakan setiap puak yang mewakili The Imperium of Man, Tiranid, Necron, dan Chaos. Kad dalam Collector’s Edition untuk setiap dek Commander mempunyai Surge Foil baharu.
Pada suku ke-3 2023, pemain boleh pergi ke Mount Doom dengan Frodo, Aragorn dan seluruh Fellowship untuk bantu memusnahkan The One Ring dalam set The Lord of the Rings: Tales of Middle-earth. Pasukan MtG juga mempamerkan karya seni untuk The Battle of the Pelennor Fields – pertempuran terbesar di dunia Lord of the Ring – yang merangkumi 18 kad individu sebagai sebahagian daripada pek booster. Set Lord of the Rings: Tales of Middle-earth juga akan datang ke Magic: The Gathering Arena sebagai set Alchemy pada tahun depan.

Di samping itu, Magic: The Gathering akan bekerjasama dengan Doctor Who dalam kolaborasi terbaru Universe Beyond yang termasuk dek Commander, collector booster, dan barang Secret Lair.
Magic: The Gathering akan menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada tahun 2023. Sambutan akan bermula tahun ini dan termasuk acara Magic 30 yang berlangsung di Las Vegas EXPO di World Market Center pada 28-30 Oktober, promosi menarik yang memperingati sejarah Magic, dan promosi istimewa yang hanya akan ditemui di kedai permainan tempatan anda.

Pada akhir tahun ini, pemain akan kembali ke Dominaria United. Rumah kepada set Magic pertama yang dikeluarkan pada tahun 1993. Dominaria ialah pusat kepada multiverse Magic di mana mereka harus bersaing dengan Phyrexian dalam empat set cerita epik. Dominaria United akan dikeluarkan pada 9 September, tetapi peminat boleh prapesan sekarang.
Untuk melengkapkan acara Wizards Presents, Wizards of the Coast melancarkan set Magic: The Gathering baru pada tahun 2023. Jalan cerita Phyrexia akan diteruskan dengan Brother’s War, bakal dikeluarkan pada bulan November, diikuti oleh Phyrexia: All Will Be One, yang akan dikeluarkan pada suku pertama 2023, dan diakhiri dengan
March of the Machine, kesimpulan kepada cerita, yang dikeluarkan pada suku ke-2 2023.

March of the Machine: The Aftermath akan dikeluarkan pada suku ke-3 2023, yang menceritakan apa berlaku selepas March of the Machine dan menjelaskan perubahan yang telah berlaku dalam multiverse Magic. Pada suku ke-3 2023, pemain akan kembali ke Eldraine. Pada suku ke-4 2023, Lost Caverns of Ixalan akan menamatkan tahun 2022 di mana lanun, dinosaur, dan vampire harus bersaing untuk membuktikan pihak mana yang dominan.
Untuk maklumat lanjut tentang semua produk yang disampaikan daripada Wizards Presents 2022, sila layari laman web rasmi Magic di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post