Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Wit Studio Dedahkan Sebab Sekuel Attack on Titan dan Vinland Saga Dihasilkan oleh MAPPA!

Maira by Maira
December 13, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Wit Studio Dedahkan Sebab Sekuel Attack on Titan dan Vinland Saga Dihasilkan oleh MAPPA!
Share on FacebookShare on Twitter

Wit Studio merupakan salah satu syarikat anime yang terkenal dalam kalangan peminat. Antara anime yang pernah dihasilkan oleh syarikat ini ialah Attack on Titan dan Vinland Saga. Kalau anda ingin tahu, siri anime itu juga yang membuatkan syarikat ini dikenali ramai.

Tetapi seperti yang anda semua tahu, siri Attack on Titan dan Vinland Saga kini dihasilkan oleh MAPPA dan ramai yang tertanya-tanya mengapa Wit Studio tidak menyambungnya. Perkara ini akhirnya didedahkan dalam sebuah temu ramah bersama presiden studio tersebut, George Wada. Menurutnya, ada beberapa kekangan yang membuatkan mereka terpaksa melepaskan siri tersebut kepada syarikat lain.

Antaranya ialah hasil jualan DVD. Menurut Wada, segala keputusan untuk sekuel siri terletak kepada penjualan DVD. Katanya, segala siri yang mereka dapat hanyalah untuk musim pertama. Setelah dapat hasil jualan DVD, barulah syarikat akan mendapat tawaran untuk hasilkan musim seterusnya.

Tetapi selepas hasil jualan untuk siri Attack on Titan dan Vinland Saga keluar, Wit Studio telah mempunyai banyak projek lain yang perlu dihasilkan dan tiada ruang untuk sekuel siri tersebut dalam jadual mereka. Belum lagi cerita tentang peminat dan penerbit yang inginkan sekuel dengan segera. Jadi siri anime itu diberikan kepada syarikat lain untuk dihasilkan.

Walaupun begitu, Wada percaya bahawa langkah yang mereka ambil adalah tepat pada waktu itu. Dengan pelbagai platform penstriman yang tersedia sekarang, jumlah penonton pada platform tersebut akan menjadi penentu untuk sekuel siri selain daripada penjualan DVD.

Wit Studio kini sedang menghasilkan siri hebat seperti Spy x Family dan Ranking of Kings. Kedua-duanya telah mendapat sambutan yang hangat daripada penonton anime. Bukan setakat itu sahaja, syarikat animasi itu juga terlibat dengan penghasilan anime yang berpusatkan kepada Vtuber terkenal, Kizuna Ai.

Untuk mendapatkan liputan menarik tentang anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanVinland SagaWit Studio
Previous Post

Marvel’s Spider-Man 2 tiba-tiba muncul di PlayStation Store! Info baru bakal datang?

Next Post

Netflix mungkin akan hasilkan filem live action My Hero Academia!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Netflix mungkin akan hasilkan filem live action My Hero Academia!

Netflix mungkin akan hasilkan filem live action My Hero Academia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd