Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 Mendapat Klasifikasi 18+, Tiada Potongan Babak!

Maira by Maira
April 8, 2024
in Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 Mendapat Klasifikasi 18+, Tiada Potongan Babak!
Share on FacebookShare on Twitter

Ingatkan filem sekuel kepada Winnie the Pooh tidak akan dibawa ke Malaysia, sekali filem tersebut mendapat kelulusan untuk tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF). Bukan setakat itu sahaja, dikhabarkan bahawa tiada babak yang akan dipotong dalam filem Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 ini. Jadi akan ada banyak babak ganas dan kejam yang akan ditayangkan nanti, yang sudah tentu akan menimbulkan banyak perbincangan dalam kalangan netizen.

Pengedar filem terkenal tempatan, Mega Films Distribution telah mengumumkan untuk memberikan yang terbaik untuk memastikan filem seram tersebut berjaya ditayangkan di Malaysia. Berita baiknya, pawagam tempatan GSC dan TGV juga telah mengumumkan bahawa filem tersebut akan ditayangkan tanpa sebarang babak yang dipotong dan filem itu akan tersedia di seluruh negara. Buat peminat filem seram ganas seperti ini, sudah pasti ramah yang teruja mengenainya.

Walaupun begitu, sudah tentu ada beberapa peringatan yang diberikan buat penonton. Mereka yang dalam kategori “wanita mengandung, individu yang mempunyai masalah jantung, yang mudah terganggu dan mempunyai masalah kesihatan” tidak disarankan untuk menonton filem ini. Jika anda masih ingin menontonnya, itu adalah di atas risiko masing-masing.

Berkenaan sekuel ini, kita akan bertemu kembali dengan Winnie the Pooh bersama-sama rakan baiknya Tigger dan Piglet yang keluar dari Hundred Acre Wood untuk membalas dendam atas apa yang berlaku dalam filem pertama. Tayangan filem ini di Amerika Syarikat telah mendapat sambutan hangat dengan ulasan positif daripada penonton. Ramai juga yang memberikan pendapat bahawa filem tersebut mendapat banyak penambahbaikan daripada filem sebelumnya. Jadi tidak peliklah jika ramai yang menyukai filem itu.

Buat anda yang ingin menontonnya, Winnie the Pooh: Blood and Honey 2 akan tersedia di 90 skrin pawagam seluruh negara pada 10 April ini! Untuk mendapatkan segala berita mengenai filem daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: winnie the poohWinnie the Pooh: Blood and Honey 2
ShareTweetSend
Previous Post

JDM: Rise of the Scorpion Akan Tersedia Secara Percuma! Prolog Khas Japanese Drift Master!

Next Post

Acara Media MTG Outlaws of Thunder Junction Bawakan Pangalaman Baharu!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acara Media MTG Outlaws of Thunder Junction Bawakan Pangalaman Baharu!

Acara Media MTG Outlaws of Thunder Junction Bawakan Pangalaman Baharu!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd