Beberapa hari lepas, Netflix mengesahkan bahawa siri drama popular, Wednesday akan kembali untuk “Season 2”, hanya di Netflix. Malangnya, info tentang musim kedua tidak diberi tetapi maklumat tambahan akan dikongsi dalam masa terdekat. Untuk meraikan pengumuman itu, pihak Netflix telah memuat naik video untuk mengesahkan Wednesday Season 2.
Dalam temu bual eksklusif dengan pencipta/”showrunner”/penerbit eksekutif Tudum.com, Alfred Gough dan Miles Millar berkata:
“Sungguh luar biasa untuk mencipta rancangan yang berhubung dengan orang di seluruh dunia. Kami teruja untuk meneruskan perjalanan berliku Wednesday ke musim kedua. Kami tidak sabar untuk menyelam terlebih dahulu ke musim lain dan menerokai dunia Nevermore yang menyeramkan.

Bagi mereka yang tidak tahu, Wednesday adalah siri televisyen seram komedi supernatural berdasarkan watak Wednesday Addams oleh Charles Addams. Dicipta oleh Alfred Gough dan Miles Millar, ia dibintangi Jenna Ortega sebagai watak utama. Rancangan itu memiliki total lapan episod di mana empat daripada episod tersebut diarahkan oleh Tim Burton, yang juga bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Wednesday Addams dibuang sekolah selepas meletakkan ikan piranha hidup ke dalam kolam sekolah sebagai rancangan balas dendam terhadap pasukan polo air lelaki yang membuli adiknya, Pugsley.
Oleh itu, ibu bapanya, Gomez dan Morticia Addams, mendaftarkannya di Nevermore Academy, sebuah sekolah swasta untuk pelajar supernatural yang terletak di bandar Jericho, Vermont. Sikap Wednesday umumkan sangat dingin dan tidak berperasaan yang membuatkan keadaan menjadi susah untuk dia berhubung dengan rakan sekolah.
Bagaimanapun, Wednesday telah mewarisi kebolehan psikik ibunya yang sepatutnya dapat membantu apabila dia tiba-tiba terlibat dalam kes pembunuhan misteri di bandar Jericho.
Sinopsis

Sejak ditayangkan pada November 2022, siri Wednesday kini merupakan salah satu siri paling berjaya di Netflix. Antara pencapaiannya adalah Wednesday berjaya menduduki kedudukan #2 dalam senarai TV Paling Popular (Bahasa Inggeris) dengan tontonan 1.237 Bilion jam dalam 28 hari pertama.
Bukan itu sahaja, siri ini juga menduduki Senarai 10 Siri Bahasa Inggeris Terbaik di Malaysia sejak dikeluarkan pada November selam enam minggu berturut-turut.
Jika berminat, anda boleh menonton Wednesday Season 1 sekarang di Netflix. Untuk segala liputan kami tentang siri Netflix, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post