Solo Leveling mengukuhkan statusnya sebagai salah satu francais paling popular di dunia dengan adaptasi web novel, webtoon, dan anime yang berjaya. Kini beberapa tahun selepas pengakhiran webtoon, Solo Leveling nampaknya mengalu-alukan sekuel baharu yang diberi tajuk Solo Leveling: Ragnarok.
#카카페뉴스
레벨업의 전설은 계속된다💥
나 혼자만 레벨업 : 라그나로크
웹툰 08.01 OPEN!
성진우 아들 성수호의 레벨업은?
사전예약 바로가기
🔗https://t.co/Z5jfu7uOZf#카카오페이지 #카카페#나혼자만레벨업 #나혼렙#Sololeveling #Ragnarok pic.twitter.com/NTzTqWTtLW— 카카오페이지 kakaopage (@kakaopage) July 15, 2024
Maklumat ini datang daripada Kakao Page, yang menjelaskan bahawa adaptasi webtoon Solo Leveling: Ragnarok akan mula diterbitkan pada 1 Ogos 2024, dihasilkan oleh Redice Studio. Secara lebih khusus lagi, Daul akan menjadi penulis utama, dibantu oleh JIN sebagai artis utama.
Mungkin ada yang kurang tahu tetapi kisah sekuel ini sebenarnya bermula sebagai web novel pada April 2023, dan mula dikeluarkan melalui KakaoPage pada 10 April 2023.

Versi web novel ditulis oleh Daul, yang menggantikan Chugong, penulis original web novel Solo Leveling. Malah, Chugong turut menjelaskan bahawa dia menyokong Daul, dan masih mengalami emosi yang sama ketika dia mula-mula mengusahakan siri web novel original.
Sinopsis
“Sekuel ini berlatarkan selepas peristiwa Solo Leveling. Sung Su-ho, anak kepada Sung Jin-woo dan Cha Hae-in, mewarisi kuasa bapanya sebagai Shadow Monarch. Namun, kuasa dan memorinya dikunci dari kecil, supaya dia boleh menjalani kehidupan yang normal.”
“Tetapi apabila sejumlah gerbang mula membuka di sekitar Bumi semasa tahun ketiganya di universiti, Su-ho dipilih sebagai Player oleh System. Oleh itu, Su-ho mesti menjadi seorang Hunter untuk menghadapi ancaman baru yang berkaitan dengan kehilangan ibu bapanya.”

Memandangkan adaptasi webtoon Solo Leveling: Ragnarok akan disiarkan tidak lama lagi (secara lebih spesifik, awal bulan depan), mungkin ada yang ingin mengembalikan memori mereka tentang Solo Leveling dahulu. Nasib baiklah, webtoonnya boleh dibaca melalui Tappy Toon.
@gamersantaimy
Discussion about this post