Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 1, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Amuse Creative Studio secara rasmi mengumumkan bahawa webtoon popular Eleceed akan diadaptasi ke dalam bentuk anime, dengan tayangan dijadualkan bermula pada tahun 2026. Pengumuman ini turut disertakan dengan teaser visual serta video promosi.

Eleceed mengisahkan Jiwoo Seo, seorang pelajar sekolah menengah yang berhati mulia dan memiliki kelajuan luar biasa seperti kucing. Dia sering menggunakan kebolehan itu untuk membantu orang lain secara senyap-senyap, terutamanya haiwan.

Namun, hidup Jiwoo berubah sepenuhnya apabila dia menyelamatkan seekor kucing gebu dan montel yang rupa-rupanya ialah Kayden, seorang ejen rahsia dari golongan Awakened yang kini terperangkap dalam tubuh seekor kucing selepas insiden berbahaya.

Kedua-dua watak yang berbeza ini kemudian berganding bahu menentang ancaman dunia gelap yang dihuni manusia berkebolehan luar biasa.

⚡ #ELECEED Anime Adaptation First Look ⚡

The battle of the Awakened Ones begins 2026! pic.twitter.com/AGJb57vQgV

— WEBTOON (@webtoonofficial) July 1, 2025

Ditulis oleh Jeho Son (Noblesse) dan dilukis oleh ZHENA (Girls of the Wild’s), Eleceed mula diterbitkan di Naver Webtoon pada Oktober 2018 dan terus memikat hati pembaca dari seluruh dunia.

Versi bahasa Inggerisnya boleh diakses melalui platform WEBTOON, di mana ia telah mencatat lebih 1.4 bilion tontonan global, diterbitkan dalam 10 bahasa berbeza, serta menerima penilaian tinggi sebanyak 9.9/10 dan disubscribe oleh lebih 2 juta pengguna.

Kedudukannya yang konsisten dalam kalangan webtoon aksi teratas menjadikan Eleceed antara siri yang paling menonjol, dan adaptasi animenya kini bersedia untuk memperluaskan lagi pengaruhnya kepada audiens global.

Anime Eleceed sedang diusahakan oleh Dandelion Animation Studio, yang sebelum ini terkenal menerusi projek seperti The First Slam Dunk. Anime ini diarahkan oleh Hiroshi Nishikiori. Yousuke Kuroda, penulis yang dikenali melalui My Hero Academia, diberi tanggungjawab untuk menulis dan menyelia skrip keseluruhan, manakala Minami Sakura (Gridman Universe) akan menghasilkan rekaan watak.

◥◣◥◣ 原作者からのコメント公開 ◢◤◢◤

オフィシャルサイトでは、【原作者:#SJH】【作画担当:#ZHENA】よりお祝いのコメントを紹介!
お見逃しなく✍️

⚡️TVアニメ『#エレキシード』
2026年放送予定https://t.co/3TRlkK2yKc#ELECEED pic.twitter.com/wlBRre5LEx

— 「エレキシード(ELECEED)」アニメ公式 (@Eleceed_pr) July 1, 2025

Pencipta Jeho Son menyatakan keterujaannya menerusi mesej:

“Rasanya seperti mimpi untuk akhirnya berkongsi berita bahawa Eleceed akan diadaptasi ke anime! Ini semua terima kasih kepada pembaca hebat kami yang telah menyayangi dan menyokong siri ini. Saya harap anime ini membolehkan lebih ramai orang menikmati dunia Eleceed!”

Di samping mesej itu, ZHENA turut menyumbangkan ilustrasi khas sempena pengumuman ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Eleceed
ShareTweetSend
Previous Post

Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru

Next Post

Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!
Berita

aespa Membawa Sentuhan K-pop Ke Dalam Street Fighter 6 Melalui Kolaborasi Khas!

July 1, 2025
JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!
Mobile

JoJo’s Bizarre Adventure: Ora Ora Overdrive – Game Baharu Untuk Platform Mobile!

July 1, 2025
Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!
Teknologi

Steam Menambah “In-Game Performance Monitor” untuk Tingkatkan Pengalaman Gaming!

July 1, 2025
Next Post
Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai

Once Human Version 2.0: Endless Dream Update Akan Membawa Cabaran Ngeri pada 3 Julai

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd