Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie Review — Kembali Hasilkan Bebola Gergasi, Kini Dalam Versi Baharu!

Maira by Maira
June 27, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Puzzle, Review
0 0
0
We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie Review — Kembali Hasilkan Bebola Gergasi, Kini Dalam Versi Baharu!

Kredit imej: Bandai Namco Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

We Love Katamari ReRoll+ Royal Reverie merupakan game HD remaster untuk game kedua dalam francais Katamari Damacy. Kalau anda ingin tahu, inilah game terakhir yang diarahkan oleh pencipta asal Keita Takahashi. Untuk versi remaster ini, ia masih membawa keseronokan yang sama seperti game asal tetapi ia kini mempunyai level yang lebih besar dan penulisan yang lebih aneh.

Plot game

Tema besar untuk We Love Katamari untuk kedua-dua versi asal dan ReRoll hanyalah menunjukkan bagaimana semua orang sayang kepada Katamari. Selepas perkara yang berlaku dalam game pertama, King of The Cosmos sekarang mempunyai ramai peminat, walaupun pada hakikatnya Prince of The Cosmos yang melakukan segala kerja. Kini dia meminta Prince untuk menyelesaikan permintaan yang diminta oleh peminatnya.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Plotnya mungkin biasa tetapi dengan jenaka yang dipersembahkan, ia masih lagi menghiburkan. Rupa game juga penuh dengan warna-warni, memberikan rasa yang seronok dan gembira apabila berjaya memberikan senyuman kepada watak-watak lain.

Terdapat juga beberapa level yang menunjukkan cutscene tentang latar belakang The King, yang memaparkan hubungannya dengan bapanya sehinggalah kisah cintanya dengan The Queen. kisahnya agak comel dan kelakar juga tetapi kita juga didedahkan dengan sisi lain The King. Kita mungkin melihatnya sebagai seseorang dengan ego yang tinggi tetapi dia juga mempunyai kelemahan.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Gameplay

We Love Katamari tidak begitu berbeza dengan game asal, di mana Prince akan guling Katamari dan membuatkan barang melekat padanya. Cabarannya di sini ialah barang tertentu sahaja yang akan melekat pada Katamari. Jadi kalau nak lekatkan semua barang yang ada, kenalah ikut syarat saiz dan jisimnya. Anda boleh mulakan dengan objek-objek yang kecil sebelum kita kutip barang yang lebih besar seperti manusia, bangunan dan lain-lain.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kami mengambil masa sedikit untuk membiasakan diri dengan kawalan Katamari. Anda boleh menggunakan kedua-dua analog stick untuk gerakkan Katamari. Kalau anda gunakan satu sahaja analog, ia akan menggerakkan kamera dan satu lagi akan menggerakkan Prince di sekeliling Katamari. Kalau kedua-dua stick ditekan, Prince akan melakukan pusing U 180 darjah untuk bergerak lebih pantas.

Untuk gameplay yang agak laju seperti ini, mungkin ada yang akan rasa pening atau mendapat motion sickness. Kami juga terpaksa berehat sebentar selepas menyelesaikan lima level kerana sakit kepala.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Reka bentuk & grafik

Setiap dunia dalam game ini kelihatan meriah dengan pelbagai anime, barang dan orang untuk digulingkan. Ia mempunyai estetika seperti kraf kertas Jepun yang sangat cerah, membuatkannya mudah untuk dilihat.

Menu game juga mempunyai sesuatu yang comel bagi kami. Setiap kali kami tutup game tersebut, akan ada watak yang muncul di hub utama yang akan melambai. Kalau buka game balik, kita perlu guling bahagian yang berbeza pada logo Bandai Namco untuk memilih save file. Ia mungkin benda yang kecil tetapi itulah yang memberikan sesuatu yang unik pada We Love Katamari.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Mode lain yang tersedia

Selain daripada mode story utama, terdapat beberapa collectible yang tersedia dalam game. Sepanjang level, anda boleh menjumpai sepupu-sepapat Prince yang semuanya boleh dimainkan. Anda hanya perlu memilih mereka di menu utama. Gaya main masih lagi sama seperti game dahulu tetapi ada beberapa aspek yang anda perlu selesaikan. Antaranya anda perlu menjumpai semua sepupu untuk membuka level terakhir. Agak menyusahkan juga untuk buka level tersebut. Kalau hanya mencari mereka untuk dijadikan watak tambahan sahaja rasanya tiada masalah.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Terdapat juga mode multiplayer battler di mana anda akan mencari pemain lain untuk bertanding dan melihat siapa yang boleh hasilkan Katamari yang lebih besar. Walaupun terasa seperti game single-player tetapi seronok juga apabila bermain dengan pemain lain.

Selain itu, ada kandungan eksklusif untuk Royal Reverie HD Remaster. Antaranya Royal Reverie Modeyang akan tersedia melalui story. Anda akan bermain sebagai King semasa dia masih kanak-kanak, dan menempuhi lima level yang mencabar. Terdapat juga Eternal Mode yang membolehkan anda untuk terus guling untuk membuat Katamari sebesar mungkin tanpa risau mengenai masa. Ini mode yang kami paling suka kerana ianya mudah dan boleh main dengan begitu santai.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Kesimpulan

We Love Katamari ReRoll+ Royal Reverie merupakan game yang mengumpulkan segala benda yang membuatkan Katamari sebuah game yang menyeronokkan. Walaupun ada beberapa bahagian yang mungkin membuatkan anda stres, tetapi kebanyakkan waktu anda hanya akan bersantai sambil membuat bebola Katamari gergasi. Kalau anda mempunyai motion sickness, mungkin game ini akan membuatkan anda pening. Kami juga ada pening sedikit, lebih-lebih lagi kalau bermain dengan waktu yang lama. Tetapi ia masih mampu membuatkan kami berseronok semasa bermain.

We Love Katamari ReRoll+ Royal Reverie kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

We Love Katamari REROLL+ Royal Reverie

7 Score

PROS

  • Visual game yang cantik
  • Gameplay yang mudah untuk difahami

CONS

  • Boleh menyebab mabuk (motion sickness) jika main dengan lama
  • Cara untuk buka level terakhir yang melecehkan

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: KatamariWe Love Katamari REROLL+ Royal Reverie
ShareTweetSend
Previous Post

Ejen Ali: Kenali M.A.T.A., Agensi Rahsia yang Melindungi Cyberaya!

Next Post

Siapakah Blue Beetle? Biodata ringkas tentang Jaime Reyes! 

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!
Movie/siri

Setiap Pengumuman Besar di Netflix TUDUM 2025!

June 1, 2025
Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun
Movie/siri

Stranger Things 5 Umum Tarikh Keluaran, Akan Tayang Hujung Tahun

June 1, 2025
Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!
Movie/siri

Debut Live Action Tony Tony Chopper Dalam ONE PIECE Season 2, Akan Datang 2026!

June 1, 2025
Next Post
Siapakah Blue Beetle? Biodata ringkas tentang Jaime Reyes! 

Siapakah Blue Beetle? Biodata ringkas tentang Jaime Reyes! 

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd