Sementara gameplay co-op Suicide Squad: Kill the Justice League telah didedahkan pagi tadi di State of Play oleh Warner Bros, mereka juga telah mengesahkan yang terdapat beberapa buah game yang akan dilancarkan pada tahun 2023 termasuk Suicide Squad: Kill the Justice League dan Mortal Kombat 12.
Pengesahan itu telah dilakukan semasa Warner Bros. membuat satu mesyuarat yang dipanggil “Earning Call” untuk membincangkan tentang segala perancangan mereka pada tahun ini. Walaupun mereka telah mengesahkan Mortal Kombat 12 akan dilancarkan pada tahun ini, game ini masih di dalam fasa pembangunan dan tiada tarikh keluaran khusus diumumkan.

Berita ini datang daripada seorang Youtuber bernama Valliant Renegade yang mendengar “Earning Call” semasa game ini diumumkan.
Satu video telah pun dikeluarkan oleh pengguna Twitter @GuiLeena_, Warner Bros telah mengatakan bahawa “…Dan masih banyak lagi yang akan datang, termasuk Mortal Kombat 12 dan Suicide Squad: Kill the Justice League yang dinanti-nantikan, game juga ditetapkan untuk dikeluarkan tahun ini dengan unjuran pelancaran yang bercita-cita tinggi.”

Namun, untuk melancarkan game fighting pada tahun ini adalah sangat mencabar kerana terdapat dua game fighting yang akan dilancarkan pada tahun ini iaitu Street Fighter 6 yang bakal dilancarkan pada bulan Jun nanti dan Tekken 8 yang masih tidak diketahui tarikhnya lagi.

Memandangkan perkara ini berlaku, kemungkinan besar Mortal Kombat 12 akan dilancarkan pada hujung tahun nanti sekiranya masih dalam rancangan tahun 2023. Apapun, tahun ini memang meriah dengan ketiga-tiga game fighting popular akan dijadualkan keluar pada tahun ini. Diantara Street Fighter 6, Tekken 8 atau Mortal Kombat 12, mana satu yang anda tidak sabar-sabar untuk ia keluar?
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post