Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Warcraft Rumble Boleh Dimuat Turun Sekarang Di iOS & Android!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 3, 2023
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Real time strategy
0 0
0
Warcraft Rumble Boleh Dimuat Turun Sekarang Di iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita baik untuk semua peminat Warcraft! Blizzard Entertainment telah melancarkan game mobile aksi strategi mereka, Warcraft Rumble di Malaysia hari ini untuk platform Android dan iOS!

Jika anda kurang tahu tentang Warcraft Rumble, video di bawah akan bantu memperkenalkan dunia game ini kepada para peminat:

Secara am, game ini berlangsung di dunia Warcraft yang terkenal, dan menjemput pemain untuk membina tentera dengan wira dan penjahat kegemaran mereka (yang tampil dalam bentuk “mini”) lalu bertarung dalam senario menarik yang direka untuk menguji kecerdasan taktikal anda.

Bina askar-askar anda daripada pelbagai pilihan watak mini, bermula dengan Leader—yang termasuk watak ikonik kenamaan seperti Grommash Hellscream dan Jaina Proudmoore —dan isikan pasukan dengan watak-watak lain dan spell (sihir) yang berkuasa.

Setiap misi single-player menampilkan teka-teki strategik tersendiri untuk diselesaikan, dan pemain perlu menyesuaikan taktik mereka untuk mengatasi cabaran tersebut.

Kredit: Blizzard Entertainment

Berikut adalah antara sorotan game ini menurut Blizzard:

  • Kumpulkan lebih 60 watak dari seluruh alam Warcraft—dihidupkan sebagai miniatur comel.
  • Mara melalui kempen single-player epik dengan lebih 70 misi.
  • Bekerjasama dengan Guild anda untuk mendapatkan ganjaran bermusim dengan War Chest.
  • Bekerjasama dengan rakan anda atau uji tentera mereka dalam mode player-versus-player yang kompetitif.
  • Melibatkan diri dalam pelbagai dungeon atau lakukan co-op raid yang mencabar.
  • Pamer kemahiran anda dan dapatkan lebih banyak ganjaran dengan Heroic Campaign.
  • Hadapi Arclight Surge untuk cabaran baharu dan dapatkan lebih banyak ganjaran.
Kredit: Blizzard Entertainment
Kredit: Blizzard Entertainment

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh muat turun Warcraft Rumble sekarang di peranti mobile Android melalui Google Play Store atau di iOS melalui Apple App Store!


Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidiOSMobileWarcraft Rumble
ShareTweetSend
Previous Post

Cheetah Keluarkan T-shirt dan Hoodies Attack on Titan! Harga Bermula RM 59!

Next Post

Exoprimal Hadirkan Kolaborasi Monster Hunter pada Januari 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Exoprimal Hadirkan Kolaborasi Monster Hunter pada Januari 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Exoprimal Hadirkan Kolaborasi Monster Hunter pada Januari 2024, Trailer Rasmi Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd