Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Walaupun Siap 30% Sahaja, Jujutsu Kaisen S2 Episod 17 Masih Disambut Baik oleh Peminat!

Maira by Maira
November 21, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Walaupun Siap 30% Sahaja, Jujutsu Kaisen S2 Episod 17 Masih Disambut Baik oleh Peminat!

©芥見下々/集英社・呪術廻戦製作委員会

Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa minggu ini, kita telah melihat pelbagai berita mengenai MAPPA terutamanya berita mengenai keadaan juruanimasi studio. Baru-baru ini didedahkan bahawa episod 17 Jujutsu Kaisen S2 sebenarnya bukanlah siap sepenuhnya tetapi hanya 30% daripada visi asal yang berjaya direalisasikan. Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh juruanimasi untuk episod tersebut.

©芥見下々/集英社・呪術廻戦製作委員会

Melalui X, juruanimasi Enrico Nobili mendedahkan bahawa episod 17 Jujutsu Kaisen yang ditayangkan sebenarnya versi yang tidak selesai. Disebabkan jadual yang begitu ketat, hanya 30% daripada visi asal episod sahaja yang mampu disiapkan. Dia turut mengeluh mengenainya dan berharap terdapat masa tambahan untuk siapkan lebih banyak scene dan tidak gembira melihat terdapat banyak kesilapan dalam episod itu.

©芥見下々/集英社・呪術廻戦製作委員会

Seorang lagi juruanimasi, J-Mulli turut meluahkan bahawa episod tersebut sepatutnya tidka ditayangkan dengan keadaan sebegitu. Walaupun begitu, dia memuji staf yang bekerja untuk episod tersebut walaupun berada dalam keadaan yang tidak optimum.

©芥見下々/集英社・呪術廻戦製作委員会

Membaca keluhan juruanimasi MAPPA ini sudah tentu membuatkan ramai penonton terkejut. Mana tidaknya, bagi mereka episod tersebut sudah cukup hebat. Sudah tentu ia membuatkan peminat ingin melihat versi episod yang 100% siap. Nampaknya ia mungkin tersedia dalam versi Blu-ray memandangkan versi Blu-ray selalunya berbeza berbanding versi yang ditayangkan melalui TV mahupun platform penstriman.

©芥見下々/集英社・呪術廻戦製作委員会

Ramai juga yang meminta MAPPA untuk memberikan layanan yang lebih baik kepada juruanimasinya. Dengan keadaan kerja yang semakin teruk, tidak pelik jika kualiti siri anime MAPPA akan menjadi lebih teruk selepas ini. Belum lagi cerita tentang juruanimasi yang sudah tidak mahu melibatkan diri mereka dengan studio tersebut.

Apa pendapat anda mengenai episod 17 Jujutsu Kaisen? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk dapatkan berita lain mengenai Jujutsu Kaisen daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: JJKJujutsu Kaisen 41Jujutsu Kaisen Season 2MAPPA
ShareTweetSend
Previous Post

Senarai Lengkap Pasukan Yang Bersaing Di ESL One Kuala Lumpur 2023!

Next Post

MSI Menjadi Rakan Gaming Rasmi PGC 2023, Tampil Dengan Peranti Gaming Hebat!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!
Anime

Webtoon Eleceed Diadaptasi Ke Anime, Akan Datang 2026!

July 1, 2025
Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru
Temuramah

Interviu RAIDOU Remastered: Pengarah Yamai Kazuyuki Tidak Tolak Harapan Remaster Atau Game Baru

July 1, 2025
Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos
Nintendo Switch 2

Mengapa Beli Nintendo Switch 2 Di Malaysia Adalah Pilihan Lebih Bijak Dari Segi Masa Dan Kos

July 1, 2025
Next Post
MSI Menjadi Rakan Gaming Rasmi PGC 2023, Tampil Dengan Peranti Gaming Hebat!

MSI Menjadi Rakan Gaming Rasmi PGC 2023, Tampil Dengan Peranti Gaming Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd