Sejak mengumumkan pelancaran Sense – A Cyberpunk Ghost Story di Nintendo Switch, penerbit Top Hat Studios telah menerima banyak mesej yang menuntut studio untuk menapis kandungan dalam permainan terbaru mereka. Apakah jawapan Top Hat Studios kepada mesej-mesej ini?
“Permainan ini tidak akan ditapis. Kami menolak secara tegas.”
Sense – A Cyberpunk Ghost Story adalah permainan “side-scrolling” seram yang dilancarkan di Steam pada 25 Ogos 2020 kepada banyak ulasan positif. Namun, setelah mengumumkan rancangan mereka untuk mengadaptasikan permainan ke Nintendo Switch, studio ini diminta oleh netizen yang marah untuk menapis kandungan permainan.
Walaupun ada beberapa permainan Jepun seperti Final Fantasy 8 Remaster yang sering menghadapi isu penapisan sebelum pelancaran global, Top Hat Studios berdiri teguh dengan keputusan mereka dalam sebuah pernyataan rasmi di Twitter.
OFFICIAL STATEMENT REGARDING CALLS DEMANDING CENSORSHIP OF SENSE – 不祥的预感: A CYBERPUNK GHOST STORY
Our commitment to our audience and to developers is we will never infringe on creative freedom or expression. pic.twitter.com/VV5IcGbJ7P
— Top Hat Studios, Inc. (@TopHatStudiosEN) January 1, 2021
We originally did not want to make this post, as to not accidentally incite a search for these posters and cause further fights. However, as there are now industry-adjacent people slandering/gaslighting us as liars, we've compiled a sampling from twitter, FB, and email. (1/5) pic.twitter.com/TJlNS4tWTd
— Top Hat Studios, Inc. (@TopHatStudiosEN) January 2, 2021
Pelbagai ancaman seperti “review-bombing” dan isu pengedaran diajukan, tetapi Top Hat Studios bertindak balas dengan mempertahankan kebebasan kreatif para pemajunya untuk melindungi integritasi permainan. Antara tuntutan tentang Sense – A Cyberpunk Ghost Story termasuk permainan yang mengandungi “pornografi eksplisit,” “mendorong keganasan,” dan “melanggar undang-undang.”
Penapisan telah menjadi topik yang hangat di kalangan peminat dan pemaju sejak beberapa tahun ini. Ada pihak yang melihat penapisan sebagai sesuatu yang membahayakan kreativiti para pemaju, manakala ada seperti Junzo Hosoi (Atelier Ryza 2: Lost Legends and the Secret Fairy) yang melihatnya sebagai alat berguna untuk sebuah permainan memasuki mana-mana pasaran. Sebelum mendapat reaksi negatif ini, Top Hat Studios meraih sokongan yang tinggi untuk permainan sejak kempen Kickstarter mereka yang berjaya pada tahun 2018.
Bagi mereka yang tidak tahu, Sense – A Cyberpunk Ghost Story mengisahkan Mei Lin Mak ketika dia berusaha menyelesaikan sebuah misteri rahsia berusia satu abad dalam runtuhan Chong Sing Apartmesensent. Pemain ditugaskan untuk mengusir hantu, dan bukannya melawan mereka, dalam usaha untuk menolong hantu-hantu tersebut bersemadi dengan aman.
Sense – A Cyberpunk Ghost Story kini tersedia di Steam dan akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 7 Januari.

@gamersantaimy
Discussion about this post