Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

VTuber Hololive masuk dalam senarai ‘wanita cantik generasi seterusnya!’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 11, 2021
in 2.5D, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Streamer/influencer
0 0
0
VTuber Hololive masuk dalam senarai ‘wanita cantik generasi seterusnya!’
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah karya mereka semakin berkembang mengikut arus perdana Jepun, ramai artis Hololive kini meraih pelbagai jenis pencapaian baru. Baru-baru ini, majalah Playboy Mingguan Jepun menyenaraikan salah satu VTuber Hololive, Momosuzu Nene, dalam senarai “Wanita Cantik Generasi Seterusnya.” Virtual YouTuber atau singkatannya VTuber adalah salah satu pilihan di bahagian “influencer”, bersama dengan tokoh terkenal dalam talian lain seperti Miori (Instagram) dan Nanase Cocoa (TikTok).

Baru diterbitkan di Jepun pada hari ini, senarai “Wanita Cantik Generasi Seterusnya” memperingati ulang tahun ke-55 majalah Playboy Jepun dengan memperkenalkan 56 wanita yang dijangka akan mempunyai impak besar dalam waktu terdekat di mana senarai ini terdiri daripada VTuber, model, pelakon filem, pelakon suara, dan influencer dalam talian.

Momosuzu Nene adalah artis Hololive generasi ke-5 yang memulakan debutnya pada bulan Ogos 2020. Dia adalah “gadis berpakaian China yang datang ke Bumi dari dunia lain kerana cintanya pada ‘idol’. Dia suka menyanyi, menari, dan makan gyoza. Nama panggilannya dari kampung halaman adalah Taoling.” Pelukis Nishizawa 5mm adalah artis yang bertanggungjawab untuk reka bentuk watak ini.

Bagi mereka yang tidak tahu, Hololive Production ialah sebuah syarikat agensi YouTuber maya Jepun yang diketuai oleh COVER Corporation. Hololive pada awalnya beroperasi di Jepun, kemudian memperluas wilayah operasinya ke China, Indonesia dan seterusnya melebarkan sayap ke dunia Barat (golongan berbahasa Inggeris). Secara lazimnya, para YouTuber maya Hololive akan melakukan penstriman langsung secara harian, biasanya melibatkan permainan video.

Hololive bermula pada 7 September 2017 dengan kemunculan pertama Tokino Sora. Pada Disember, aplikasi khas Hololive dilancarkan sebagai platform untuk menonton para idola menerusi penstriman langsung. Pada 22 April 2018, Robocco, watak Hololive kedua melancarkan dirinya buat julung kalinya di YouTube.

Sumber – Otakomu 1, 2

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: hololiveJepunMomosuzu NeneVTuberWanita Cantik Generasi Seterusnya
Previous Post

Sasuke kehilangan Rinnegan membawa kesan penting kepada francais Boruto!

Next Post

Monster Hunter Rise & Sunbreak sah tiada cross-play/save dari Switch ke PC!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Monster Hunter Rise & Sunbreak sah tiada cross-play/save dari Switch ke PC!

Monster Hunter Rise & Sunbreak sah tiada cross-play/save dari Switch ke PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd