Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

VNG Melancarkan OMG! Gods of Three Kingdoms Hari ini!

Tiada lagi penantian! Pemain Malaysia dan Singapura kini boleh merasai pengalaman bermain Gods of Three Kingdoms bermula hari ini!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 2, 2021 - Updated on June 8, 2021
in Android, ARPG, Artikel, Berita, Gatcha, Genre, iOS, Kad Strategi, Mobile, Platform
0 0
0
VNG Melancarkan OMG! Gods of Three Kingdoms Hari ini!
Share on FacebookShare on Twitter

OMG! Gods of Three Kingdoms merupakan game strategi-RPG mobile Three Kingdoms terbaru yang dibangunkan oleh VNGGames. Game ini telah berjaya mencapai jutaan pemain, dari Thailand serta Vietnam, sebelum ianya dilancarkan ke Malaysia dan Singapura.

Grafik 3D yang menarik

OMG! Gods of Three Kingdoms telah berjaya menarik hati pemain dengan grafik 3D heronya yang mengagumkan seperti Lu Bu, Guan Yu, Zhuge Liang dan Zhang Fei.

Setiap hero mempunyai efek khas tersendiri untuk skil mereka, dan ianya akan memberikan pemain lebih teruja semasa bermain. Malah ia juga menampilkan semangat hero Three Kingdoms dengan satu set gerakan tersendiri yang direka khas untuk mereka.

Bukan itu sahaja, OMG! Gods of Three Kingdoms turut menggunakan ‘point of view’ yang baru untuk suasa in-game mereka supaya pemain boleh melihat keseluruhan pandangan yang terjadi dalam medan tempur. Malah, ciri ini turut memberikan perasaan RPG dalam card-battle.

Susunan formasi pertempuran yang tiada had

Formasi pertempuran 3×3 dalam game ini juga boleh dikatakan sebagai ciri yang sangat menarik kerana pemain boleh menggunakan satu watak utama dan 5 hero lain untuk membuat barisan bagi menentang musuh. Setiap hero seperti Commander, Vanguard, Strategist, Defender, Supporter dan Assassin mempunyai peranan mereka tersendiri. Malah, watak utama yang mewakili pemain turut mempunyai peranannya sendiri, tetapi lebih fleksibel kerana mampu menukar peranan menggunakan sistem Fashion.

Salah satu lagi ciri menarik yang ada dalam OMG! Gods of Three Kingdoms ini adalah pemain boleh mengubah hero mereka tanpa had negara dan informasi secara percuma! Setiap pemain baru juga akan menerima 50 cabutan secara percuma di mesin gacha selepas mereka memasuki ke level 6, bagi memastikan pemain menerima peluang yang baik untuk memulakan pengembaraan mereka bersama dengan hero  yang diinginkan.

Tambahan pula, ciri Inheritance dalam game ini membenarkan pemain untuk menghantar semua atribut dan peralatan dari satu hero ke hero lain dengan hanya satu klik sahaja. Pemain boleh menukar skuad mereka di aktiviti PVE dan PVP tanpa perlu risau dengan pelaburan yang dibuat untuk hero mereka.

Gameplay yang mencabar tetapi tetap memuaskan hati pemain

Berdasarkan dari plot Three Kingdoms klasik dan gabungan game card-battle, OMG! Gods of Three Kingdoms didatangkan dengan inovasi lebih menarik dari kesemua game yang ada dalam pasaran. Antara perbezaan yang ketara ialah mekanisme kombat yang unik, di mana ia menggabungkan ciri genre taktikal dan sistem auto-battle. Ia juga mempunyai ciri AFK yang kini menjadi trend dalam komuniti game mobile untuk mengumpul sumber ketika pemain berada dalam mod offline.

OMG! Gods of Three Kingdoms juga mempunyai ciri luar biasa yang menjadikan OMG3Q sebuah jenama. Game ini menawarkan pelbagai peta campaign untuk diterokai pemain bagi mendapatkan ganjaran yang banyak.  Selain dari misi campaign biasa, pemain boleh menyiapkan sidequest, melakukan farming untuk sumber, mencari harta karun bernilai dan meneroka dungeon tersembunyi dalam campaign.

Christopher Lee dan Fann Wong duta untuk OMG! Gods of Three Kingdoms

Pasangan pelakon filem terkenal Singapura, Christopher Lee dan Fann Wong merupakan duta untuk OMG! Gods of Three Kingdoms di Malaysia, Singapura dan Vietnam.

Sempena dengan pelancaran rasmi ini, OMG! Gods of Three Kingdoms akan memberikan pelbagai item menarik melalui kod hadiah kepada pemain bagi memudahkan lagi pengalaman bermain mereka. Anda boleh dapatkan maklumat kod hadiah di halaman rasmi peminat, laman web rasmi dan dalam in-game interface.

Dengan pelbagai inovasi unik ini, OMG! Gods of Three Kingdoms pastinya akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk pemain dari Asia Tenggara. Kini, anda, selebriti terkenal seperti Christopher Lee dan Fann Wong serta pemain dari wilayah lain boleh mula ke dunia kombat OMG! Gods of Three Kingdoms!

Anda boleh muat turun OMG! Gods of Three Kingdoms dengan menekan pautan ini.

Mengenai VNG

VNG Corporation (VNG) adalah sebuah syarikat penerbitan game terbesar di Vietnam. Syarikat tersebut merupakan “Start-up pertama Vietnam”, menurut The ASEAN Post. Berbekalkan pengalaman selama 16 tahun di industri game Vietnam, VNG kini mengambil langkah serius untuk menakluki arena global, bermula dengan pasaran Asia Tenggara.

Muat turun disini
Gods of Three Kingdoms
Publisher: VNGGames
Developer: VNGGames
Release Date: 2021-06-02
Android, iOS
OMG! Gods of Three Kingdoms merupakan game strategi-RPG mobile Three Kingdoms terbaru yang dibangunkan oleh VNGGames. Game ini telah berjaya mencapai jutaan pemain, dari Thailand serta Vietnam, sebelum ianya dilancarkan ke Malaysia dan Singapura.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AndroidiOSOMG!VNG
Previous Post

Maklumat konsep seni Baal, karakter baru Genshin Impact bocor di Twitter!

Next Post

Review Assassin’s Creed Valhalla: Wrath of the Druids – Satukan kerajaan Ireland!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Review Assassin’s Creed Valhalla: Wrath of the Druids – Satukan kerajaan Ireland!

Review Assassin's Creed Valhalla: Wrath of the Druids - Satukan kerajaan Ireland!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd