Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vivo S1 Terbaru Dengan Ultra Game Mode dan Spesifkasi Hebat hanya RM1099 sahaja!

Dilengkapi spesifikasi yang menarik !

Nyny.A by Nyny.A
July 24, 2019
in Artikel, Berita, Mobile, Produk, Review
0 0
0
Vivo S1 Terbaru Dengan Ultra Game Mode dan Spesifkasi Hebat hanya RM1099 sahaja!
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo sebuah jenama yang makin bertambah kepopularitinya selepas pengeluaran V15 Pro yang sangat hebat spekulasinya. Kini Vivo kembali dengan produk terbaru yang lebih menarik fungsinya, cantik keperibadianya dan kamera yang makin menyerlah tangkapanya! Memperkenalkan Vivo S1 terbaru yang mempunyai kapasiti sehingga 6 GB RAM, 4500mAh bateri dan 128 GB ROM, memang layak Vivo S1 digelar telefon pintar generasi baru yang baik! Kami berpeuang okay meng-review Vivo S1 ni! Jadi jom lihat apa yang ada dalam telefon pintar terbaru oleh Vivo ini.

Baru saja dilancarkan sebentar tadi, jom kita selami sendiri apa yang ada didalam telefon pintar terbaru dari Vivo inI!

Spesifikasi & Kamera yang mantap!

Vivo S1 dikuasai oleh Mediatek MT6768 (12nm) kepantasan sehingga 2.0Hz berserta dilengkapi dengan pemproses CPU 128 GB dan 4 GB RAM / 6 GB RAM sudah semestinya telefon pintar terbaru ini meningkatkan prestasi pantas dan lancar untuk pelbagai aplikasi dan permainan mudah alih.

Bagi paparanya sebesar 6.38 inci beserta skrin sentuh Super AMOLED capacitive (1080 x 2340 pixels, 404 ppi), Vivo S1 sentiasa menyokong penggunaan tenaga yang rendah dengan kapasiti bateri sehingga 4500mAh yang menyokong! Nipis hanya 8.5mm dan beratnya 189.5g sahaja, Vivo S1 bergerak dalam fungsi Android 9.0 (Pie); Funtouch 9.

Kita beralih pada fungsi kameranya yang sangat cantik! Kamera hadapan Vivo S1 sebesar 32 MP, resolusi kamera Ultra HD yang sentiasa berfungsi dengan cantik dan membenarkan korang menggunakan beberapa mod seperti AI Face Beauty, Lampu Depan Selfie, AR Sticker, AI Filter dan pelbagai lagi supaya pengguna gembira menggunakan fungsi-fungsi tersebut.

Kamera belakang AI Triple yang menjadi tumpuan untuk merasa seperti photographer profesional! Memperkenalkan Kamera Sensor Sony IMX499, pengguna boleh menangkap gambar dengan ketepatan yang dipertingkatkan.

AI Potrait Framing membantu pengguna untuk mencari komposisi yang lebih baik untuk mencapai nisbah yang sempurna dan membawa pengguna ke arah tangkapan yang lebih cantik!

AI Super Wide-Angle Camera memperluaskan pandangan pengguna kepada 120 °, jadi pengguna boleh menangkap gambar dalam keadaan landskap dengan lebih luas! Tidak kisah lah siang atau malam, fungsi kameranya agak tajam!

Beberapa mod boleh digunakan seperti tangkapan Doc – untuk tangkap memo atau penulisan, Pro – yang membenarkan pengguna mengubah sendiri kesemua funsi kamera seperti ISO, White Balance dan EV, Pano – yang membenarkan pengguna menangkap gambar lebih luas, AI Beauty – memberi kecantikan untuk tangkapan potrait bersama kawan-kawan, Filter – pelbagai filter boleh ditukar mengikur kesesuaian (cth seperti Grapefruit, Warm, 1970 dan banyak lagi).

Bokeh – yang mengfokus sesuatu barangan serta boleh diesit semula untuk memilih bahagian fokus, Wide – memperluaskan lagi penangkapan gambar, Video- jelas dari kesemua tangkapan video, dan paling baru dalam fungsi kamera iaitu Fun Video dan AR Stickers – yang membenarkan pengguna mengguna mod seperti dalam sosial media dan snapchat yang kelakar dan menarik!

https://gamersantai.com/wp-content/uploads/2019/07/video_20190723_180926.mp4

Okay jom lihat sendiri beberapa gambar kami tangkap untuk mencuba fungsi-fungsi ini;

 

1 of 6
- +

1. Pano

2. Beauty AI

3. Manual Function

4. Bokeh

5. FIlter

6. Fun Vid Filter

Mod Permainan Yang Hebat! 

Apa yang penting untuk kami sudah tentu prestasi permainan untuk merasa sendiri kehebatan 6GB RAM Vivo S1 ini. Yang menariknya ada Ultra Game Mode yang direka untuk keseronokan bermain tanpa had! Jadi kami cuba beberapa game didalam telefon ini, ternyata ianya memuaskan hati.

Dengan tetapan grafik tinggi untuk setiap permainan, gameplay masih lagi lancar dan tidak lagging cuma panas sedikit tu normal lah. Pulak dengan storan yang besar, banyak muatan game pengguna boleh simpan dalam nya!

Paling sempoi, ada Game Assistant Ultra Game Mode ini yang boleh pop out bila korang main game, kat situ korang boleh tukar tetapan seperti batalkan panggilan, tutup notifikasi dan banyak lagi.

Smart Button

Hebatnya Vivo S1, ianya mempunya fungsi smart button terletak di bahagian kiri telefon, hanya dengan tekan sekali smart button ini berfungsi untuk membuka Google Assistant, dan tekan dua kali untuk tetapan Jovi Image Recognizer! Memang sangat mudah digunakan!

Apa benda Jov Image Recognizer ni agaknya? Baiklah, dengan Jovi ni, pengguna boleh mengakses pelbagai platform e-dagang untuk mencari pangkalan data produk yang diinginkan. Hanya tangkap, produk akan terus dicari melalui internet dan pengguna nikmati lah sendiri pembelian AI yang futuristik!

Imbasan Cap Jari dalam Paparan

Vivo telah memimpin industri ini untuk membawa pengguna merasai pengalaman membuka kunci telefon yang lebih baik. Dengan sentuhan tunggal pada paparan Vivo S1, skrin boleh dibuka dengan pantas. Pelbagai kesan animasi juga tersedia, yang menjadikan telefon pintar mudah dan menyeronokkan.

Kesimpulan

Telefon pintar yang sangat berbaloi diguna dari Vivo, harga pun sangat berbaloi hanyalah RM1099.00!!!  Vivo S1 memang sesuai dari segi gaming hinggalah fotografi! Pengguna pasti akan puas hati dengan kehebatanya! Lagi pun Vivo kan penaja rasmi PMNC dan PMCO, apa lagi korang tak boleh lepaskan peluang untuk mendapatkan Pra-pembelian yang akan mendapat pelbagai hadiah misteri termasuk Bluetooh Speaker untuk korang miliki!! Dapatkan Rebate rm100 dengan pembelian pre-oder di Shopee dan juga Lazada untuk promosi ini!

Dan jangan lupa untuk layari web rasmi Vivo dan Facebook mereka juga okay!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Telefon PintarVivoVivo S1
Previous Post

Diamond Casino di GTA Online boleh dimuat turun bermula sekarang!

Next Post

Pra-daftar untuk Close-Beta World of Dragon Nest sekarang! Terhad kepada 30,000 akaun sahaja!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi
Anime

Manga Kaiju No. 8 Bakal Tamat Dalam 2 Bab Lagi

June 6, 2025
Next Post
Pra-daftar untuk Close-Beta World of Dragon Nest sekarang! Terhad kepada 30,000 akaun sahaja!

Pra-daftar untuk Close-Beta World of Dragon Nest sekarang! Terhad kepada 30,000 akaun sahaja!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd