Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Vital Bracelet bakal tiba dengan versi siri Ultraman, Kamen Rider dan Digivice V!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 2, 2021
in Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, Produk
0 0
0
Vital Bracelet bakal tiba dengan versi siri Ultraman, Kamen Rider dan Digivice V!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada awal Mac yang lalu, Bandai telah melancarkan siri jam fitness tracking yang dipanggil sebagai Digimon Vital Bracelet dimana pengguna boleh memantau data aktiviti senaman sambil bermain bersama teman Digimon mereka. Kini, Vital Bracelet tidak lagi eksklusif pada Digimon sahaja, malah ia akan didatangkan dengan dua lagi siri Jepun terkenal seperti Ultraman dan Masked Rider.

Tidak seperti versi Digimon yang menggunakan Kad Dim, siri Ultraman dan Kamen Rider akan mempunyai Kad VBM dimana ia mengandungi data untuk setiap watak dengan pelbagai evolusi boleh didapatkan. Kad VBM yang bakal dilancarkan nanti akan mengandungi data Ultraman Tiga, Ultraman Zero dan Raksasa Zetton. Namun buat masa ini Bandai tidak mendedahkan lagi senarai Ultraman lain yang akan menjadi watak tersedia.

Manakala untuk versi Kamen Rider pula, Bandai akan melancarkan watak seperti Kamen Rider Kuga, Kamen Rider Zero-One dan Kamen Rider Horobi di Kad VBM. Versi ini juga akan mempunyai pelbagai variasi form Kamen Rider untuk pemain dapatkan. Namun, sama seperti versi Ultraman juga, ia tidak mendapat senarai penuh watak yang akan ada dalam fitness tracker ini.

 

1 of 2
- +

Vital Bracelet siri Ultraman dan Kamen Rider akan dijual pada harga 6,490 yen (anggaran RM249.93) dan tidak termasuk Kad VBM Vol.1 mereka. Pra-pesanan untuk Vital Bracelet Ultraman boleh dibuat bermula 6 Ogos ini, dan versi Kamen Rider dijangkakan pelancarannya pada 18 Disember 2021.

Selain itu, Bandai telah mendedahkan tiga Kad Dim baru untuk siri Digimon Vital Bracelet, yang mengandungi Digimon dari siri Digimon Ghost Game iaitu Gammamon, Jellymon dan Angoramon. Maklumat penuh mengenai siri Kad Dim ini masih belum diberitahu, tetapi tarikh pelancarannya mungkin akan berdekatan dengan Kad VBM Kamen Rider.

 

1 of 3
- +

Maklumat siri Digimon Ghost Game telah didedahkan oleh sebuah forum dari China pada Jumaat lalu, dan ianya telah diumumkan secara rasmi di DigiFest 2021 pada hari Ahad lepas. Anda boleh membaca liputan terkini kami mengenai siri ini di pautan yang tersedia.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fitness tracker yang cool ini, anda boleh membaca review kami tentang Digimon Vital Bracelet. Nantikan maklumat lebih lanjut dari kami mengenai siri Vital Bracelet ini di masa akan datang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Digimon Ghost Gamekamen riderUltramanVital Bracelet Series
Previous Post

Figura GEM Paildramon Digimon Adventure 02, Agumon and Tailmon baru, semuanya akan datang!!

Next Post

One Piece bab #1020: Yamato mendedahkan abiliti Devil Fruit & kehebatan Nico Robin!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
One Piece bab #1020: Yamato mendedahkan abiliti Devil Fruit & kehebatan Nico Robin!

One Piece bab #1020: Yamato mendedahkan abiliti Devil Fruit & kehebatan Nico Robin!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd