Terima kasih kepada Toshiba TV Malaysia, kami berpeluang menguji TV gaming terbaharu mereka, iaitu model 100” Z670N yang datang dengan spesifikasi 4K 144Hz yang mengagumkan.
Dalam sesi ujian ini, kami mencuba Monster Hunter Wilds Beta—sebuah game yang dioptimumkan khas untuk TV gaming Toshiba. Dengan skrin sebesar ini, pengalaman bermain bukan sekadar hiburan biasa, tetapi menjadi sebuah pengembaraan memburu yang benar-benar mengasyikkan.

Perkara pertama yang mencuri perhatian sudah tentu saiz skrin yang luar biasa besar. Paparan 100” dengan bezel ultra nipis memberikan pengalaman tontonan tanpa sempadan.
Dilengkapi kadar segar semula asli 144Hz, TV ini mengurangkan masalah “stuttering, smearing, dan tearing,” memastikan pergerakan gameplay yang lancar dan visual yang tajam. Walaupun dalam adegan pantas, kadar segar semula yang tinggi mengekalkan kejelasan dan kelancaran setiap detik.
Selain itu, peningkatan kadar segar semula daripada 120Hz ke 240Hz HFR (High Frame Rate) mengurangkan kabur pergerakan dan gangguan visual, menghasilkan pengalaman yang lebih mengasyikkan dan dinamik.


Dari segi audio, Toshiba Z670NP tidak kurang hebatnya. Ketika bermain Monster Hunter Wilds, setiap aksi terasa lebih nyata dengan sistem bunyi yang mantap.
TV ini dilengkapi dua pembesar suara utama 15W dan subwoofer 20W yang menghasilkan bunyi 3D surround bertenaga, diperkukuh dengan teknologi Bazooka Bass Woofer Pro, Tru Bass Booster, dan penalaan REGZA Engine ZRi.
Sokongan untuk Dolby Atmos dan Dolby Vision Atmos mengubah ruang tamu anda menjadi arena sinematik, membolehkan pemain melihat, mendengar, dan merasai setiap pertarungan dengan kejelasan yang bagus.

Sama ada anda menonton Netflix, Prime Video, YouTube, atau bermain game kegemaran, Toshiba TV memastikan pengalaman yang memuaskan.
Dengan sokongan pelbagai format HDR—termasuk Dolby Vision HDR, HDR10+, HDR10, dan HLG—ia secara automatik meningkatkan butiran dalam babak gelap sambil menyerlahkan kawasan terang. Hasilnya, apa sahaja kandungan yang anda nikmati tampil dengan warna lebih kaya, butiran lebih tajam, dan gerakan yang lebih “smooth.”

Salah satu ciri terbaik TV ini adalah Game Mode Pro. Mod ini mengoptimumkan pembetulan warna dan berfungsi bersama AMD FreeSync Premium, 144Hz Variable Refresh Rate (VRR), dan ALLM untuk memastikan pengalaman gaming yang responsif dan visual yang memukau.
Selain itu, pemain boleh mengaktifkan kaunter FPS secara langsung untuk memantau kadar bingkai dalam masa nyata dan mengesan sebarang penurunan prestasi.


Secara keseluruhan, Toshiba 100” 4K 144Hz Gaming TV 100” Z670N ialah gabungan padu antara visual menakjubkan, gameplay yang dinmaik, dan audio yang mengasyikkan dalam satu pakej luar biasa. Sama ada anda sedang memburu raksasa dalam Monster Hunter Wilds atau menikmati rancangan kegemaran, TV ini direka untuk meningkatkan pengalaman hiburan anda ke tahap seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post