Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Virtua Fighter Open Championship Diumumkan dengan Hadiah Utama $100,000!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 17, 2025
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Fighting, Kejohanan esports
0 0
0
Virtua Fighter Open Championship Diumumkan dengan Hadiah Utama $100,000!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA secara rasmi mengumumkan Virtua Fighter Open Championship (VFOC), kejohanan global pertama bagi siri legenda Virtua Fighter. Acara bersejarah ini akan menampilkan Virtua Fighter 5 R.E.V.O., versi terbaru dan paling lengkap bagi fighting game 3D klasik ini, yang kini tersedia di Steam.

Dengan hadiah utama sebanyak $100,000 USD, kejohanan ini bertujuan untuk mencari pemain Virtua Fighter terbaik dunia serta membawa francais ini ke peringkat esukan yang lebih besar.

Virtua Fighter Open Championship akan merangkumi beberapa pusingan kelayakan mengikut wilayah, memberi peluang kepada pemain dari seluruh dunia untuk membuktikan kehebatan mereka. Kejohanan ini dibahagikan kepada empat rantau utama:

  • Amerika Utara
  • Eropah
  • Jepun
  • Asia (tidak termasuk Jepun)

Pemenang dari setiap pusingan kelayakan akan mara ke Grand Finals, di mana juara terunggul akan ditentukan. Pusingan kelayakan pertama akan diadakan di Combo Breaker 2025 di Chicago, dari 23 hingga 25 Mei, sebagai permulaan kepada siri perlawanan yang sengit. Tarikh dan butiran lanjut untuk pusingan kelayakan di wilayah lain akan diumumkan tidak lama lagi, dengan Grand Finals dijangka berlangsung pada pertengahan 2025.

Walaupun Virtua Fighter 5 R.E.V.O. Special Tournament di EVO Japan 2025 (9–11 Mei) akan mempamerkan game ini, ia bukan sebahagian daripada kejohanan VFOC.

Promosi Terhad Steam

Bersempena kejohanan ini, Virtua Fighter 5 R.E.V.O. kini ditawarkan dengan diskaun 20% di Steam, manakala 30th Anniversary Edition juga menerima potongan harga. Promosi ini hanya berlangsung sehingga 21 Mac, jadi ini adalah masa terbaik untuk menyertai aksi!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Virtua Fighter Open Championship
ShareTweetSend
Previous Post

Digimon Card Game Baru Bakal Hadir ke Peranti Mobile?

Next Post

SEGA “Steam Spring Sale” – Diskaun Besar untuk Game Hebat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
SEGA “Steam Spring Sale” – Diskaun Besar untuk Game Hebat!

SEGA "Steam Spring Sale" - Diskaun Besar untuk Game Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd