Menjelang Krismas mesti ada sahaja filem baru yang bertemakan sambutan tersebut. Antaranya ialah filem Violent Night, di mana ia seperti gabungan filem Die Hard dan Home Alone. Agak unik juga temanya. Nak tahu best atau tidak filem ini? Teruskan membaca review kami ini!
Plot
Violent Night menceritakan tentang Santa Claus yang dibintangi oleh David Harbour. Dia letih dengan orang yang mula tidak percaya kepadanya dan hanya inginkan mainan atau gajet baharu. Ini membuatkannya ingin bersara.
Semasa dia dalam perjalanan pada malam Krismas, dia telah singgah di rumah Lighthouse, di mana sepasang suami isteri yang bercerai telah membawa anak perempuan mereka, Trudy untuk meluangkan sama bersama keluarga mereka yang tamak. Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah sekumpulan mercenary yang diketuai oleh Mr. Scrooge (John Leguizamo) menyerang dan menahan mereka semua sebagai tebusan untuk mencuri harta mereka. Inilah masanya untuk Santa hadir untuk memberikan hukuman kepada mereka yang nakal.

Plot filem ini agak mudah untuk diteka daripada awal sehingga akhir. Filem ini sangat melucukan, hampir semua orang mementingkan diri sendiri yang menjadikan semuanya lebih kelakar dan lebih pelik apabila perkara buruk berlaku kepada mereka. Ia berasa hampir seperti versi gila Home Alone yang selalu kami guraukan, filem di mana Kevin sah cuba membunuh penyamun. Terdapat perangkap ganas yang berlebihan dan pergaduhan untuk menyebabkan penderitaan yang sangat besar kepada orang jahat.
Santa Claus dalam filem ini juga gak kreatif dengan perangkapnya, di mana dia menggunakan kasut luncur ais, sledgehammer dan juga perhiasan Krismas. Sejujurnya kami agak terkejut juga dengan adegan brutal yang ditunjuk dalam filem. Memang ia melambangkan tajuk filem dengan baik.
Persembahan
David Harbour telah membawa watak Santa dengan sangat baik. Dia menunjukkan tenaga yang hebat ke dalam adegan pergaduhannya yang menggunakan apa sahaja yang dia boleh capai untuk membunuh orang jahat sebelum pergi ke mangsa seterusnya. Walaupun begitu, dia masih lagi Santa, di mana dia mahu menjadi baik dan bergembira dengan orang lain. Banyak kali juga dia cuba bersimpati dengan orang jahat tetapi mereka tidak mahu mendengarnya.

Bagi watak yang lain, gadis muda Trudy (Leah Brady) ialah watak kanak-kanak baik yang anda selalu jumpa. Dia sukakan Krismas. Dikatakan bahawa dia menunjukkan sisi gelap yang ganas selepas memasang perangkap Home Alone. Ibu bapanya (Alexis Louder dan Alex Hassell) juga adalah pasangan biasa yang berpisah, dan dengan cliche-nya akan bersama semula pada akhirnya tetapi pelakon melakukan yang terbaik. Alex Hassell khususnya mempunyai satu adegan seksaan yang dahsyat, dengan jeritan ketakutan yang lucu dan mencuit hati.
Watak lain yang patut diberi perhatian ialah John Leguizamo. Dia nampaknya seronok memainkan watak sebagai ketua, Mr. Scrooge walaupun watak itu sendiri seperti penjenayah biasa. Kami rasa antara perkara menarik mengenainya ialah dia mempunyai kebencian yang tidak rasional terhadap krismas. Dia seperti watak serba tidak puas hati dengan semua benda. Rasanya itulah yang membuatkan jenaka yang disampaikan menjadi.

Kesimpulan
Violent Night ialah filem komedi aksi yang menyeronokkan untuk meraikan musim cuti. Walaupun penceritaannya boleh diramal, tetapi ia masih menyajikan sesuatu yang menarik untuk ditonton. Santa Claus dalam filem ini juga boleh tahan menghukum sekumpulan lelaki jahat yang datang secara tiba-tiba. Seperti tajuknya, ia juga memaparkan beberapa adegan yang agak gore. Disokong pula oleh pelakon-pelakon mantap, anda pasti akan terhibur menontonnya nanti.
@gamersantaimy
The Review
Violent Night
PROS
- Lakonan mantap oleh para pelakon
- Aksi penuh berdarah
- Jenaka disampaikan dengan baik
CONS
- Jalan cerita mudah untuk diramalkan
Discussion about this post