Pada hari pertama San Diego Comic Con (SDCC), panel terbesar pada hari tersebut adalah Crystal Dynamics dengan game Marvel’s Avengers. Panel ini malangnya tidak di-stream, telah mendedahkan butiran baru seperti kosmetik, gameplay dan ciri terkini game tersebut.
Ketika panel itu sedang berlangsung, Tweet dibawah juga turut dimuatnaik serentak:
Shaun: You'll customize Earth’s Mightiest Heroes and then harness their unique powers to defend the world from escalating threats for years to come.
We know you're excited for more post-launch details! More information on that at a later date!
— Marvel's Avengers (@PlayAvengers) July 18, 2019
Paparan video yang ditunjukkan ketika panel ini telah disahkan akan boleh ditonton oleh semua orang dalam masa seminggu selepas Gamescom. Spekulasi daripada peminat adalah video yang telah ditunjukkan adalah lebih baik daripada apa yang telah dipertontonkan di E3 baru-baru ini. Salah seorang daripada hadirin pada hari itu mengatakan telah melihat kostum Hulk iaitu Joe Fixit.
Selain daripada itu, panel itu turut memuatkan temuramah bersama pelakon suara game ini iaitu Troy Baker, Laura Bailey, Nolan North, Travis Willingham, dan Jeff Schine. Mereka membincangkan tentang perasaan mereka memainkan watak-watak ikonik ini.
Marvel’s Avengers akan dilancarkan pada pada Mei 2020 untuk PS4, Xbox One, PC dan Google Stadia.
Sumber: Gamesradar
@gamersantaimy
Discussion about this post