Koei Tecmo baru sahaja mengumumkan maklumat gameplay terbaharu bagi Venus Vacation PRISM –DEAD OR ALIVE Xtreme-!
Merupakan tajuk simulasi romantik, game ini akan dilancarkan pada 6 Mac 2025 di PC (Steam), PS5, dan PS4. Berkenaan info baharu, khususnya beberapa aspek berkaitan interaksi unik, mini game, dan visual telah dijelaskan. Berikut adalah info lengkap:
“Office Time“

Setiap bab berakhir dengan “Office Time,” memberi peluang kepada pemain untuk berehat bersama gadis-gadis di ruang kerja ini. Anda boleh melihat gadis-gadis pada waktu mereka santai, dapat mengubah pakaian dan aksesori mereka, serta berbual untuk mengeratkan hubungan. Tambahan lagi, anda mungkin akan menerima jemputan istimewa untuk keluar temu janji!
Bergurau dan Bermain Melalui Mini-Game
Nikmati mini game menarik yang diselitkan sepanjang bab:
- Push-Hand Sumo
- Berdepan dengan pihak lawan dan tolak mereka sehingga hilang keseimbangan dengan menekan arahan di skrin dengan cepat. Kemenangan mungkin membawa kepada kejadian lucu, seperti pemain terjatuh ke dalam pelukan gadis.

- Water Fight
- Pilih sasaran anda dan nikmati keseronokan memercik air ketika dua gadis bersaing dalam aktiviti musim panas. Gadis yang lebih banyak terkena percikan mungkin membawa kepada perkembangan unik dalam bab tersebut.

Kesan Visual yang Membuat Anda “Terpesona“

Ketika gadis-gadis berada di dalam air atau terkena ombak, kulit dan pakaian mereka kelihatan “basah” dan sedikit “transparen.” Selain itu, game ini juga menawarkan lebih banyak kejutan yang akan didedahkan kemudian!
Buka Aksesori Pakaian Baru dan Gayakan Gadis Anda!

Aksesori pakaian akan dibuka apabila jumlah peminat gadis bertambah dan syarat tertentu dipenuhi. Berbeza dengan siri sebelumnya yang bergantung pada hadiah atau sistem gacha, game ini membolehkan pemain memperoleh aksesori sambil meneruskan jalan cerita.
Aksesori yang dibuka boleh diubah di pejabat. Setelah diubah, penampilan gadis akan dikemas kini di pejabat dan bab yang lalu. Pemain boleh menukar pakaian berkali-kali, mengulang bab yang telah dilihat, dan mengambil gambar dalam pelbagai gaya.
Kemaskini Photo Mode
Selain fokus, zum, dan exposure, Photo Mode dikemas kini dengan beberapa ciri-ciri baru:
- Photo Filter
- Gunakan pelbagai filter untuk menambah gaya berbeza pada gamber anda.

- Pilihan Lighting Tambahan
- Tambahkan sehingga tiga sumber cahaya tambahan semasa sesi fotografi.

Untuk maklumat lanjut tentang Venus Vacation PRISM -DEAD OR ALIVE Xtreme-, sila layari laman web rasmi di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post