Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Venom: The Last Dance Akan Tayang Di Malaysia pada Oktober 2024, Trailer Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 4, 2024
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Venom: The Last Dance Akan Tayang Di Malaysia pada Oktober 2024, Trailer Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony Pictures Malaysia akhirnya telah mengeluarkan trailer pertama untuk Venom: The Last Dance, filem terakhir dalam trilogi francais, sambil mengumumkan tarikh keluaran filem ini – yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia pada 31 Oktober 2024.

Berikut ialah trailer rasmi:

Bagi mereka yang kurang tahu, Venom: The Last Dance ialah filem superhero akan datang yang menampilkan watak Venom daripada Marvel Comics; yang dibuat oleh Columbia Pictures bersama Marvel, dan diedarkan oleh Sony Pictures. Ia adalah sekuel kepada Venom (2018) dan Venom: Let There Be Carnage (2021) dan filem kelima dalam Sony Spider-Man Universe (SSU).

Kredit: Sony Pictures Malaysia

Secara ringkas, filem ini mengisahkan Eddie Brock dan Venom ketika mereka bekerjasama untuk “kali terakhir” menentang ancaman yang lebih besar daripada dunia. Ditulis dan diarahkan oleh Kelly Marcel, filem ini dibintangi Tom Hardy sebagai Eddie Brock dan Venom, bersama Chiwetel Ejiofor, Juno Temple, Rhys Ifans, Peggy Lu, Alanna Ubach dan Stephen Graham.

Sinopsis rasmi

Kredit: Sony Pictures Malaysia

Dalam Venom: The Last Dance, Tom Hardy kembali sebagai Venom, salah satu watak terhebat dan paling kompleks Marvel, untuk filem terakhir dalam trilogi. Eddie dan Venom sedang dalam pelarian. Diburu oleh kedua-dua dunia mereka dan ancaman semakin dekat, kedua-duanya terpaksa membuat keputusan dahsyat yang akan menutup tirai pada tarian terakhir Venom dan Eddie.

Kredit: Sony Pictures Malaysia

Salah satu pendedahan paling menarik dalam trailer adalah planet asal Venom telah menemuinya di Bumi, lalu membawa segerombolan askar symbiote untuk menyerang Bumi, sehingga meletakkan seluruh umat manusia di bawah ancaman kepupusan.

Ini membuka pintu kepada symbiote tertentu daripada komik Marvel untuk muncul dalam filem itu seperti Grendel, Scream, Mania dan banyak lagi, yang akhirnya akan membuat debut aksi langsung mereka.

Kredit: Sony Pictures Malaysia

Bukan itu sahaja, Venom: The Last Dance juga bersambung terus daripada kemunculan mereka dalam Spider-Man: No Way Home. Dalam trailer di atas, kita dapat melihat pelakon Cristo Fernández, yang memainkan semula peranannya sebagai pelayan bar daripada adegan post-credit No Way Home.

Tambahan pula, pakaian Eddie sepadan dengan yang kita lihat dalam filem Spider-Man itu, jadi ramai membuat konklusi bahawa filem ini berlaku sejurus selepas adegan post-credit itu.

Kredit: Sony Pictures Malaysia

Walaupun Venom: The Last Dance berlangsung di universe yang berbeza daripada No Way Home, terdapat tanda-tanda kameo tambahan pada masa hadapan. Filem Morbius dan Spider-Man: Across the Spider-Verse pernah mengusik bahawa watak “Spider-Man tertentu” telah sesat dalam multiverse, jadi ada kemungkinan lebih banyak kameo MCU akan datang dalam filem Venom ini.

Buat masa ini, kita tiada info rasmi – jadi peminat hanya mampu tunggu sahaja apbila filem ini dikeluarkan pada 31 Oktober 2024 nanti.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemVenom: The Last Dance
ShareTweetSend
Previous Post

Little Nightmares III Ditunda ke 2025, Tidak Akan Keluar Tahun Ini

Next Post

ASUS Umum ‘ExpertBook P5’ Berkuasa AI, Bersama Perubahan Pada Produk Sedia Ada

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
ASUS Umum ‘ExpertBook P5’ Berkuasa AI, Bersama Perubahan Pada Produk Sedia Ada

ASUS Umum 'ExpertBook P5' Berkuasa AI, Bersama Perubahan Pada Produk Sedia Ada

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd