Setelah berjalan selama lebih daripada 2 minggu, VCT Valorant Champion 2022 telah menutup tirai pada hari ini dengan pasukan dari Brazil, LOUD bergelar juara dunia mengalahkan pasukan NA iaitu Optic Gaming dengan skor 3-1.
Grand Final telah menggunakan format “Best of 5” (BO5) di mana pasukan boleh bermain sehingga map 5. Dengan Valorant telah mempunyai 7 map secara keseluruhan, terdapat dua map akan diban dan 5 map akan dimainkan. Dalam pusingan ini, LOUD telah ban 2 map iaitu Pearl dan Fracture.

Map pertama yang dimainkan adalah dipilih oleh LOUD iaitu Ascent, OpTic memilih Bind untuk map 2, Breeze adalah map 3 yang dipilih oleh LOUD dan map 4 adalah Haven yang dipilih OpTic. Selepas memilih dan dipilih, Icebox adalah map terakhir sebagai map penentu.
Pada map pertama, OpTic berjaya mengawal separuh masa pertama, namun LOUD masih tidak berputus asa dan berjaya membawa perlawanan ke pusingan “Overtime” dan berjaya menundukkan OpTic pada map pertama dengan skor 15 berbalas 13.

Selepas ditundukkan oleh LOUD, OpTic berjaya mengalahkan LOUD dengan skor 13 berbalas 6. Pada separuh masa pertama, OpTic telah mendahului dengan jarak mata 8 mata. Masuk separuh masa kedua, strategi OpTic mula nampak goyang dan pasukan LOUD berjaya merapatkan mata dengan 10 berbalas 6. Tetapi OpTic berjaya patahkan semangat LOUD dan berjaya mengutip baki 3 mata untuk menang map tersebut.

Berpindah ke map 3 iaitu Breeze di mana OpTic berjaya mengawal perlawanan pada awalnya dan entah bagaimana mereka kehilangan rentak dan sekali gus membenarkan LOUD mengutip 5 mata baki untuk separuh masa pertama. Perlawanan ini agak sengit dan masing-masing sedang mengejar mata sehingga masuk ke “Overtime”. LOUD berjaya kalahkan OpTic dengan skor 16 berbalas 14.
Pasukan LOUD semakin hampir untuk bergelar juara Valorant apabila mereka mempunyai mata pendahulu 2 berbalas 1. Semua ini ditentukan oleh map 4 dengan melihat Valorant Champion tahun lalu kalah di tangan LOUD dengan skor 13 -5 sekali gus memberi gelaran Valorant Champion kepada pasukan Brazil itu.

Pasukan LOUD berjaya bergelar juara dalam VCT Valorant Champion dengan membawa pulang $300,000 (anggaran RM 1,363,650.00) manakala OpTic Gaming menduduki tempat kedua dan membawa pulang sebanyak $150,000 (anggaran RM 681,825.00). Tempat ketiga adalah pasukan dari Korea Selatan iaitu DRX dengan membawa pulang $110,000 (anggaran RM 500,005.00).
Terdapat 3 pasukan daripada Asia Tenggara iaitu Paper Rex, XERXIA Esports dan BOOM Esports. ketiga-tiga pasukan telah dikalahkan dalam pusingan kumpulan dan tidak dapat memasuki pusingan “play-off”. Apapun, semua pasukan telah memberikan yang terbaik dan mungkin tiada nasib untuk bergerak ke pusingan seterusnya. Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang dan semua pasukan.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai Esport, game, anime dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post