Valorant Champions Tour (VCT) APAC 2023 telah pun berlangsung sejak 25 Mac 2023 di Seoul, Korea Selatan dan akhirnya Paper Rex (PRX) muncul sebagai juara selepas menundukkan tuan rumah DRX semalam dalam perlawanan akhir.
Kejohanan ini telah berlangsung lebih kurang dua bulan dan bermula dengan perlawanan liga. Terdapat 10 pasukan yang menyertai kejohanan ini tetapi yang layak ke peringkat playoff adalah sebanyak 6 pasukan sahaja. Semasa dalam peringkat liga, PRX telah memenangi sebanyak 7 perlawanan dan telah kalah 2 perlawanan semasa menentang pasukan DRX dan Team Secret. Pasukan dari Singapura ini duduk di tempat kedua di liga dan layak ke peringkat playoff.

Semasa di playoff, perjalanan mereka untuk ke peringkat akhir agak mudah kerana mereka mempunyai kelebihan di mana mereka terus mara ke perlawanan “Upper Semifinals” dan berlawan dengan pasukan T1. Mereka berjaya mengalahkan pasukan T1 dan mara ke pusingan “Upper Final” dan berjumpa dengan pasukan DRX.
Walaupun mereka telah kalah bersama pasukan DRX di peringkat liga, pasukan PRX tidak berputus asa untuk menempah tiket ke final dengan mengalahkan pasukan Korea ini. Saya boleh katakan yang pasukan PRX telah membantai pasukan DRX untuk kedua-dua map dan mara ke peringkat akhir. Manakala DRX pula jatuh ke “Lower Final” dan berlawan dengan pasukan T1.

Perlawanan diantara DRX dan T1 sangat sengit dan mereka ditetapkan untuk bermain Bo5 (Best of 5). Akhirnya DRX menang dengan skor 3-2 dan berjaya ke peringkat akhir bertemu dengan pasukan Paper Rex. Kira-kira, PRX dan DRX telah bertemu sebanyak 2 perlawanan dan masing-masing telah memenangi satu perlawanan. Dan perlawanan mereka di peringkat akhir ini adalah perlawanan ketiga mereka untuk menentukan juara VCT APAC.

Peringkat akhir telah pun berlangsung semalam dengan perlawanan mereka ditetapkan dengan format Bo5 (Best of 5). PRX bermula dengan agak sukar kerana mereka telah ketinggalan skor 2-0 dan pasukan DRX hanya memerlukan satu kemenangan sahaja untuk merangkul sebagai juara VCT APAC.
Perlawanan ketiga berlaku di Lotus dan PRX berjaya membantai pasukan DRX dengan skor 13-3. Peringkat akhir masih diteruskan lagi dengan perlawanan keempat di Pearl dan sekali lagi, PRX telah berjaya mengalahkan DRX dengan skor 13-8 dan membawa peringkat akhir ke perlawanan penentuan di Bind. Semasa di Bind, PRX bermula dengan baik dan meninggalkan DRX di belakang dengan mendahului 9-3 pada separuh masa pertama.

Malang sekali untuk DRX, “9-3 curse” tidak menjadi untuk memusingkan perlawanan tersebut dan PRX telah berjaya mengalahkan “King of APAC” dan muncul sebagai juara VCT APAC buat kali pertama.
Nampaknya, PRX berjaya membuat comeback dengan ketinggalan skor 0-2 dan dapat memusingkan perlawanan kepada pihak mereka dengan skor 3 berbalas 2. Dengan kemenangan yang mereka peroleh ini, pasukan PRX telah berjaya menempah tiket ke VCT Master Tokyo: Playoff yang akan diadakan pada bulan Jun nanti.

Apapun, tahniah kami ucapkan kepada pasukan Paper Rex dan wakil tunggal Malaysia iaitu Khalish “d4v4i” Rusyaidee yang berjaya muncul sebagai juara VCT APAC dan mara ke VCT Master Tokyo.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post