Berikutan dengan perlawanan Grand Final The Interantional 11 semalam, Valve telah mengeluarkan satu teaser trailer baharu yang menampilkan satu hero baharu yang bakal tiba dalam Dota 2 pada awal tahun 2023 iaitu Muerta.
Buat masa sekarang mereka tidak mendedahkan sebarang maklumat lain selain yang ditulis pada penerangan video tersebut di Youtube. Melalui video tersebut, Valve mengatakan “Revenant yang berkekalan mendedahkan dirinya dengan janji-janji perhitungan yang merosakkan untuk diikuti. Tembusi tabir antara yang hidup dan yang mati sebagai wira baharu — Muerta — tiba untuk menghantui lorong pada awal 2023”.

Muerta adalah perkataan bahasa Sepanyol dan apabila di terjemah kepada bahasa melayu, ia bermaksud mati atau lebih tepat lagi adalah seorang wanita mati. Ya, jika kita tengok pada reka bentuk hero ini, kita boleh lihat yang dia sedang memakai pakaian yang cantik untuk menyambut “Day of the Dead” di mana ia adalah satu perayaan bagi memberikan penghormatan kepada orang yang telah meninggal dunia.
Dalam perayaan ini, orang ramai akan menghiasi pelbagai reka bentuk tengkorak bersama bunga marigold Aztec seperti yang kita lihat di atas kepada Muerta.

Dengan reka bentuk dan senjata yang ditunjukkan dalam trailer tersebut, kami tidak pasti yang Muerta akan memegang “role” apa. Namun, Muerta telah menunjukkan kuasa yang sangat mengagumkan pada penghujung trailer dengan menukar penampilannya dan hantu-hantu yang berada di sekelilingnya.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa Muerta akan dibawa masuk ke dalam Dota 2 pada awal tahun depan. Sehingga kini, mereka masih tidak mendedahkan sebarang maklumat penting termasuk skill dan tarikh pengeluarannya.
Apapun, mesti ramai pemain Dota 2 yang tidak sabar untuk mengetahui semua skill yang ada pada Muerta. Jom sama-sama kita nantikan Muerta. Apa pendapat korang tentang hero baru yang akan muncul dalam Dota 2 nanti? Kongsikan pendapat di ruang komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post