Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valve mengumumkan konsol Steam Deck yang boleh memainkan game AAA terkini!

Amir Haziq by Amir Haziq
July 16, 2021
in Artikel, Berita, Platform, Steam
0 0
0
Valve mengumumkan konsol Steam Deck yang boleh memainkan game AAA terkini!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Valve telah mengumumkan sebuah peranti permainan handheld baru, iaitu Steam Deck dan bakal tersedia pada bulan Disember 2021! Steam Deck merupakan powerhouse yang dapat memainkan game AAA terkini walaupun ianya didatangkan dalam bentuk konsol bersaiz 7 inci dengan skrin sentuh 1280×800, bersama trackpad seperti Steam Controller dan butang analog bersaiz penuh. Peranti ini akan mula diedarkan untuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan United Kingdom, manakala untuk negara lain akan boleh didapati pada tahun 2022 nanti.

Steam Deck menggunakan perisian SteamOS versi baru yang dioperasikan oleh sistem Linux, dan ianya mungkin hanya akan terhad kepada game dari Linux sahaja. Valve menyatakan bahawa perisisan keserasian Proton konsol ini jauh lebih baik dan berfungsi dengan sistem anti-cheat. Anda akan dapat bermain permainan Windows yang tidak mempunyai sokongan Linux rasmi secara sederhana.

Berita mengenai Steam Deck pada asalnya muncul apabila syarikat yang menghasilkan Half-Life secara diam-diam telah membangunkan peranti handheld ini semasa bulan April. Ia pada mulanya dikenali sebagai SteamPal, dengan kod nama Neptune, media Ars Technica adalah yang pertama menyampaikan berita mengenai peranti permainan PC mudah alih Valve.

https://twitter.com/Steam/status/1415718021469925378

Berikut adalah spesifikasi Steam Deck:

CPU AMD APU (4-Core/8-Thread)
GPU RDNA 2
RAM 16GB
Simpanan 64 GB/128 GB/ 256 GB
Sambungan USB-C, Bluetooth
Harga (RM) 1676 (64GB) 2222(128GB), 2726 (256GB)

Sekilas pandang, Steam Deck kelihatan seperti peranti game PC mobile semua dalam satu yang menghadirkan ciri dan permainan anda gemari dari Steam. Dengan peranti ini, anda boleh bermain game AAA dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. Seperti Nintendo Switch, ia juga dapat disambungkan dan dikeluarkan ke TV atau monitor menggunakan port USB Type C dan Valve sedang merancang untuk menjual dock peranti ini secara berasingan di masa akan datang.

Selain itu, peranti  ini mempunyai fungsi dimana pengguna boleh memasang OS yang mereka suka, walaupun kebanyakannya lebih mudah menggunakan Steam OS. Anda boleh menyambungkan pelbagai aksesori perkakasan pada peranti ini seperti tetikus, papan kekunci, atau joystick dan headphone Bluetooth wireless.

Steam Deck bakal dilancarkan pada bulan Disember tahun ini! Jadi bagi mereka yang ingin mencari peranti mudah alih baru yang boleh memainkan game AAA terkini dari Steam, boleh mula untuk menyimpan duit dari sekarang!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Konsol mudah alihSteam DeckValve
Previous Post

Filem anime CG Monster Hunter: Legends of the Guild akan datang ke Netflix Ogos ini!

Next Post

Game multiplayer Resident Evil Re: Verse ditangguhkan ke tahun 2022!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Next Post
Game multiplayer Resident Evil Re: Verse ditangguhkan ke tahun 2022!

Game multiplayer Resident Evil Re: Verse ditangguhkan ke tahun 2022!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd