Valorant oleh Riot Games kini mempunyai tarikh keluaran rasmi untuk versi penuh shooter taktikal mereka serta tarikh tamat untuk ujian beta tertutup. Diumumkan semalam daripada sebahagian acara Summer Game Fest, Valorant akan tersedia sepenuhnya sebagai permainan percuma untuk bermula 2 Jun 2020. Bagi sesiapa yang bermain ujian beta tertutup, anda mempunyai masa sehingga 28 Mei untuk bermain game ini sebelum server ditutup untuk bersiap sedia bagi keluaran penuh. Segala “progress” di ujian beta akan dihapuskan, agar semua orang yang bermain pada bulan Jun akan seimbang.
It's @RiotSuperCakes and @RiotZiegler back with an important update on the future of VALORANT. pic.twitter.com/qGZfv3DWEb
— VALORANT (@VALORANT) May 21, 2020
“Matlamat kami ialah untuk memperkenalkan Valorant kepada seluruh dunia secepat mungkin, jadi kami yakin dapat melakukannya pada 2 Jun. Pasukan kami tidak sabar untuk memberi komitmen selama bertahun-tahun demi melayani komuniti global Valorant. Ini baru permulaan perjalanan kita.” -Anna Donlon, producer eksekutif Valorant di Riot Games.
Now that we’ve shared a launch date, you’re probably wondering… are we ready? @RiotSuperCakes and @RiotZiegler talk through servers, anti-cheat, tools to fight disruptive behavior, and more. Learn more about what to expect from us at launch and beyond: https://t.co/n6R0xCy8s0 pic.twitter.com/QgxOU7VmCC
— VALORANT (@VALORANT) May 21, 2020
Banyak cheater telah dibuang daripada Valorant sejak ujian beta tertutup bermula. Jadi bagi cheater yang bermula bersama kita dalam versi permainan penuh, saya harap amaran Riot Games cukup efektif agar mereka berhenti menipu supaya tidak di-BAN lagi.
Riot sering memberikan kemas kini mengenai sistem anti-cheat dan berapa banyak cheater yang dilarang daripada permainan ini, walaupun beberapa cheater mungkin akan kembali ke Valorant selepas pelancaran rasmi. BAN merangkumi semua akaun pada masa lalu dan masa depan, jadi jika mereka menipu sekarang atau semasa pelancaran penuh, mereka berisiko untuk tidak bermain Valorant sama sekali. Takkan nak bazir peluang bermain game paling hangat di pasaran kerana alasan bodoh kan?
Pelancaran ramsi Valorant untuk pelantar PC ialah pada 2 Jun manakala ujian beta ditutup pada 28 Mei.
@gamersantaimy
Discussion about this post