Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Valiant Hearts: Coming Home Review — Game Terbaru Netflix Membawa Kita Mengingati Peristiwa WWI

Maira by Maira
February 1, 2023
in Android, Artikel, Berita, Game, Game Baru, Game Review, iOS, Mobile, Netflix, Review
0 0
0
Valiant Hearts: Coming Home Review — Game Terbaru Netflix Membawa Kita Mengingati Peristiwa WWI
Share on FacebookShare on Twitter

Netflix telah mengeluarkan sebuah game terbaru iaitu, Valiant Hearts: Coming Home. Kalau anda ingin tahu, ia merupakan sekuel kepada game Valiant Hearts yang dikeluarkan pada 2014. Kalau nak tahu best atau tidak game ini, teruskan membaca review kami!

Valiant Hearts: Coming Home membawa kita melihat penceritaan daripada lima watak fiksyen berbeza semasa Perang Dunia I. Acara yang berlaku dalam game pula berpusat kepada kejadian sebenar semasa WWI, contohnya operasi bersama antara Amerika Syarikat dan Perancis. Jadi sepanjang bermain, kita akan rasa seperti belajar sejarah berbanding daripada game. Tetapi jangan risau sebab elemen gameplay masih lagi ada. Siap ada game rhythm pula. Walaupun begitu, Valiant Heart seolah-olah membawa kita untuk merasai apa yang dirasai watak pada waktu itu.

Kami suka pada watak Freddie dalam game ini. Kita melihat dia merayu adiknya supaya tidak menyertai peperangan dan dia menulis diari, di mana dia merasa berputus asa dan perlu lebih ramai tentera untuk terus hidup. Sebaliknya, dia tidak mahu lebih ramai orang ditarik masuk ke dalam peperangan.

Secara keseluruhan, kita akan melihat watak-watak yang terpaksa mengubah kehidupan mereka akibat perang. Yang paling tragis antara mereka bagi kami ialah Ernst, seorang kelasi Jerman yang terpaksa menyertai tentera.

Penceritaan

Cara Valiant Hearts: Coming Home menyampaikan ceritanya agak menarik bagi kami. Selain daripada penceritaan game, terdapat juga file yang boleh dibuka, di mana ia mempunyai fakta dan foto sebenar kejadian tentang apa yang berlaku dalam game. Antaranya pengenalan kepada Harlem Hellfighters sehinggalah teknologi seperti portable X-ray.

Terdapat juga diari watak yang boleh dibaca. Selalunya ia tidak dikemas kini, tetapi akan ada entri baru selepas berlakunya perkara besar. Bila baca, kami boleh rasakan keperitan yang dilalui watak-watak. Memang terbaik sungguh pasukan penulis untuk game ini.

Walaupun ia kelihatan seperti kartun tetapi game ini boleh dikatakan sebagai medium yang baik untuk mempelajari WWI. Pemain akan jumpa dengan acara yang menunjukkan betapa kejamnya dunia yang dilanda perang, dengan penuh darah dan mayat bergelimpangan.

Gameplay

Valiant Hearts: Coming Home mudah sahaja untuk dimainkan. Kita boleh gerakkan watak ke kiri dan ke kanan, berinteraksi dengan objek seperti tayar, mengambil barang untuk dibaling dan banyak lagi. Semasa bermain ada juga bahagian yang agak susah untuk kawal touch control. Elok nak lontar batu, watak pula tiba-tiba berjalan perlahan ataupun reload. Jadi kena sabar sedikit apabila benda sebegitu terjadi.

Gameplay-nya juga terasa seperti berulang. Terdapat adegan yang terasa seperti lebih panjang. Sama juga seperti semasa trench, kita akan ulang alik di laluan yang sama sambil melindungi diri daripada ditembak. Jadi ia membuatkan masa bermain itu lebih panjang daripada yang sepatutnya.

Walaupun begitu, ia bukanlah untuk semua adegan memandangkan setiap watak ada peranan masing-masing. Ada watak yang merupakan ahli medik, di mana dia akan sibuk merawat askar tercedera. Ada juga watak sarjan, di mana dia perlu menyelamatkan anak kapal yang kesusahan selepas kapal mereka tenggelam.

Bercerita tentang watak medik, gameplay-nya penuh dengan dia merawat pesakit. Tetapi ia masih lagi agak gore walaupun mempunyai gaya kartun. Kita akan mengeluarkan serpihan daripada badan, bersihkan luka besar dan juga bandage pesakit. Nasib baiklah tiada perkara yang melibatkan tulang.

Kesimpulan

Senang cerita, Valiant Hearts: Coming Home sebuah game yang menarik. Ianya sangat sesuai untuk dimainkan oleh pemain kasual dan ia cukup untuk menarik perhatian pemain. Jadi Netflix buat keputusan yang baik untuk terbitkannya dan menarik pelanggannya untuk mencuba game ini. Cara game ini sampaikan acara WWI memang hebat dan layak untuk dipuji.

Jadi kalau anda ingin mainkan game ini, boleh pergi ke App Store dan Google Play Store. Kalau anda mempunyai akaun Netflix hanya log masuk sahaja menggunakan akaun anda dan cari Valiant Hearts: Coming Home.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

Valiant Hearts: Coming Home

8 Score

PROS

  • Penceritaan yang mantap
  • Memberikan gambaran yang baik sejarah perang WWI

CONS

  • Gameplay yang berulang

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: Valiant HeartsValiant Hearts: Coming Home
Previous Post

Avatar Generations Kini Tersedia! Download Sekarang Untuk Kembali ke Four Nations!

Next Post

Street Fighter: Duel Bakal Lancar Februari Ini! Pra-daftar Sudah Dibuka!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Next Post
Street Fighter: Duel Bakal Lancar Februari Ini! Pra-daftar Sudah Dibuka!

Street Fighter: Duel Bakal Lancar Februari Ini! Pra-daftar Sudah Dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd