Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Uzumaki Boruto bakal buat comeback, rupa lagi matang bergaya selepas timeskip!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 11, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Uzumaki Boruto bakal buat comeback, rupa lagi matang bergaya selepas timeskip!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir empat bulan sejak kali terakhir kita melihat manga Boruto, tetapi nampaknya protagonis kita, Uzumaki Boruto, akan kembali tidak lama lagi. Boruto rasmi akan kembali dalam siri sekuel baharu, yang memaparkan peristiwa selepas “time skip” dan bagaimana Boruto akan berlawan dengan Kawaki. Walaupun bab baharu sepatutnya keluar pada hujung bulan ini, kami diberi pandangan pertama pada penampilan Boruto yang kini kelihatan lebih matang dan bergaya emo selepas timeskip.

VJUMP MAGAZINE OCTOBER ISSUE COVER!

COVER FEATURES FIRST LOOK AT BORUTO’S TIMESKIP DESIGN!

CHAPTER RELEASES ON AUGUST 20th 2023!! pic.twitter.com/1dHyHxqS1T

— Abdul Zoldyck (@Abdul_S17) August 10, 2023

Secara khususnya, majalah V-Jump edisi Ogos 2023 akan menyambut kedatangan manga Boruto: Two Blue Vortex. Sempena itu, muka depan untuk isu tersebut telah didedahkan kepada orang ramai yang menunjukkan Boruto dalam bentuk remaja. Jauh berbeza daripada apa yang dipakai oleh bapanya Uzumaki Naruto, rupa baharu Boruto sebenarnya lebih menyerupai mentornya, Uchiha Sasuke.

Kredit: Shueisha

Pertama sekali, baju putih di dalam telah digantikan dengan baju lengan panjang berbutang. Kedua, Boruto kini memakai jubah hitam dan seluar slack hitam serupa dengan gurunya, Sasuke.

Daripada segi aksesori, Boruto memakai tali pinggang kulit dan gelang khas, menyarung pedang di sisi dan memakai dua rantai leher: satu adalah rantai lamanya dan satu lagi adalah rantai baharu yang menunjukkan simbol Puak Uzumaki. Akhir sekali, dia memakai pengikat kepala Sasuke di mana lambang Konoha telah ditoreh.

Sebelum ini, ramai peminat yang mengadu tentang rupa Boruto yang bersifat kanak-kanak tetapi bagi saya, itu masuk asal kerana hero kita hanya berumur 12 tahun pada ketika itu. Namun selepas menunjukkan reka bentuk baharu, nampaknya ramai peminat kini menyukai Boruto dan tidak sabar untuk melihat dia beraksi.

Kredit: Shueisha

Pada bulan lepas, kami juga dapat melihat penampilan baru Uchiha Sarada. Dengan rambut lebih pendek dan pakaian yang menyerupai Uchiha Itachi, Sarada bukanlah gadis kecil sama yang kita lihat di dalam anime dahulu.

Apa yang terjadi sebelum timeskip Boruto?

Bagi mereka yang terlupa, Sasuke melarikan Boruto dari Kampung Konoha untuk menjalani latihan rahsia. Di penghujung saga pertama, sejenis jutsu misteri telah diletakkan di atas dunia yang mengubah realiti Boruto dan Kawaki. Kedua-dua rakan rapat (hampir seperti adik-beradik) tersebut kini bertukar kehidupan, dan Boruto dituduh sebagai insan yang membunuh Naruto (yang hanya dibawa ke dimensi lain oleh Kawaki. Sarada adalah satu-satunya orang yang tahu kisah sebenar, jadi dia meminta tolong ayahnya, Sasuke untuk menyelamatkan Boruto dan melatihnya untuk melawan Kawaki pada masa hadapan.

Kredit: Studio Pierrot

Kini, masa itu telah tiba, dan saya tidak sabar untuk melihat betapa kuatnya Boruto sekarang. Kita pun tidak perlu tunggu lama lagi kerana manga Boruto: Two Blue Vortex akan bermula pada 21 Ogos.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Boruto, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeBorutomanga
ShareTweetSend
Previous Post

Pendaftaran Ujian Beta Tertutup Ghostrunner 2 Sudah Dibuka! Daftar Sekarang!

Next Post

Nak main Resident Evil? Dapatkan Koleksi Game RE Dengan Harga Serendah RM 14 di Humble Bundle!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Nak main Resident Evil? Dapatkan Koleksi Game RE Dengan Harga Serendah RM 14 di Humble Bundle!

Nak main Resident Evil? Dapatkan Koleksi Game RE Dengan Harga Serendah RM 14 di Humble Bundle!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd