Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Upgrade next-gen Marvel’s Avengers & DLC Hawkeye boleh didapati sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 19, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, DLC, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Upgrade next-gen Marvel’s Avengers & DLC Hawkeye boleh didapati sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel’s Avengers tidak mempunyai permulaan yang bagus sejak pelancarannya pada bulan September 2020 lalu, di mana ramai peminat yang kecewa dengan isi kandungan permainan. Namun, peminat mungkin ada sebab untuk bersemangat, Di acara Square Enix Presents, ia disahkan bahawa upgrade next-gen Marvel’s Avengers dan DLC Operation: Hawkeye boleh didapati hari ini!

Update untuk Marvel’s Avengers kini dilancarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X/S. Update ini membolehkan permainan memanfaatkan kekuatan pada konsol generasi seterusnya untuk menawarkan prestasi dan fitur yang lebih baik dan canggih. Pemilik Marvel’s Avengers di PS4 dan Xbox One boleh upgrade game mereka secara percuma dan memindahkan save file tanpa kehilangan progress.

Apakah ciri-ciri khusus yang ditambahkan untuk upgrade next-gen ini? Di sini, Square Enix telah mengesahkan beberapa perubahan penting. Sudah tentu, peningkatan pada resolusi adalah perubahan yang paling jelas. PS5 dan Xbox Series X boleh menerima resolusi sehingga 4K, tetapi Xbox Series S hanya boleh capai resolusi hingga 1440p. Upgrade ini juga akan “secara dramatik” meningkatkan load time dan penstriman dalam permainan, yang membolehkan tekstur beresolusi lebih tinggi, draw distance lebih besar, dan model resolusi tinggi.

Crystal Dynamics juga telah meningkatkan visual untuk elemen gameplay tertentu. Secara khusus lagi, abiliti setiap watak (Heroics) telah diperbaiki. Pada masa yang sama, mereka juga memperbaiki efek pemusnahan baju besi, dan cara utama permainan menyampaikan damage atau kerosakan secara visual dengan harapan untuk meningkatkan visual permainan semasa dalam aksi.

Selain upgrade di atas, Square Enix juga melancarkan DLC Operation: Hawkeye – Future Imperfect, yang merupakan kesinambungan langsung dari jalan cerita DLC Kate Bishop. Hawkeye  masih mencari Nick Fury untuk menghalang kuasa jahat AIM dari menakluk dunia, tetapi entah bagaimana, mendapati dirinya berada di masa depan untuk berhadapan dengan Maestro dan Taskmaster. Apakah kesudahannya? Itu anda perlu belajar sendiri apabila cuba DLC nanti.

DLC Operation: Hawkeye – Future Imperfect juga mempunyai banyak kandungan baru! Kita ada hero baru yang boleh dimainkan, penjahat baru, dan dua fitur baru. Pertama adalah Reassemble Campaign Replay, yang membolehkan pemain mengulang semula kempen tanpa kehilangan kemajuan, dan HARM Room yang dapat diubahsuai, supaya pemain boleh mencabar diri dan abiliti mereka sepenuhnya.

Upgrade next-gen Marvel’s Avengers dan DLC Hawkeye kini tersedia untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Marvel's Avengers
Publisher: Square Enix
Release Date: 2020-09-04
PlayStation 4, Xbox One
Marvel's Avengers adalah permainan video aksi-pengembaraan yang akan datang yang dikembangkan bersama oleh Crystal Dynamics dan Eidos-Montréal dan diterbitkan oleh Square Enix. Berdasarkan pasukan superhero Marvel Comics the Avengers, permainan ini diilhamkan oleh mitologi dan komik buku komik yang telah lama berjalan di media lain.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: DLCHawkeyeMarvel's Avengersnext genOperation: Hawkeye - Future Imperfectsquare enix
Previous Post

Game Strategi Epic War: Thrones membuka Open Beta 31 Mac ini!

Next Post

AKIBA’S TRIP: Hellbound & Debriefed versi Asia akan dilancarkan 20 Mei ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
AKIBA’S TRIP: Hellbound & Debriefed versi Asia akan dilancarkan 20 Mei ini!

AKIBA'S TRIP: Hellbound & Debriefed versi Asia akan dilancarkan 20 Mei ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd