San Francisco – Mac 19 ( 20 Mac di Malaysia ) Tencent dengan PUBG Corp. umumkan yang PlayerUnknown’s Battleground Mobile dah ada di kebanyakan server, di serata dunia untuk iOS dan juga Android. ( Dan banyak server lagi pada masa akan datang )
Korang sendiri tahu, yang PUBG dah berjaya di platform PC, dan PUBG Corp. dah jadi rakan kongsi dengan Tencent untuk diaorang buat versi mobile pulak.
Tencent dan juga PUBG Corp. bekerjasama dalam menjayakan PUBG mobile ni. Untuk beta Android dikeluarkan pada 15 Mac di Canada, iOS jugak tidak terkecuali dan dikeluarkan pada 16 Mac di Canada untuk beta test. Memandangkan feedback pemain mobile yang sangat positif, jadi, mereka lancarkan game tu semalam, 19 Mac 2018.
PUBG Mobile merupakan satu adaptasi yang betul-betul menjadi bagi aku. Dan dengan ini, boleh menukar perspektif orang ramai tentang mobile gaming. Ianya sangat menarik dan bagus untuk mereka yang baru sahaja ingin mencuba game bergenre Battle Royale. Nanti aku campak link download untuk Android kat bawah.
[UPDATED]
Sekarang, pihak Tencent dah keluarkan PUBG mobile untuk server Malaysia. Jadi, untuk korang yang nak rasa main PUBG yang famous gila dekat PC tu, boleh la download dan beraksi dengan kawan-kawan korang dalam cubaan untuk mendapatkan AYAM. Aku campak korang link untuk download ya.
UNTUK iOS :
UNTUK ANDROID :
@gamersantaimy
Discussion about this post