Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update Spider-Man: Miles Morales menambah kostum ‘Advanced Tech’ dan fitur eksklusif PS5!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 31, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, PS4, PS5
0 0
0
Update Spider-Man: Miles Morales menambah kostum ‘Advanced Tech’ dan fitur eksklusif PS5!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Insomniac Games telah mendedahkan suit bonus pertama untuk Spider-Man: Miles Morales, yang percuma bermula sekarang untuk semua pemain di PS4 dan PS5! Miles Morales tidak mempunyai sejarah yang panjang dalam buku komik (wataknya diperkenalkan tidak hampir 10 tahun lalu), jadi ramai tidak tahu Insomniac sebenarnya perlu membuat beberapa reka bentuk asli untuk pakaian dalam permainan.

Sudah tentu kerja ini bukan senang, tetapi mereka berjaya menghasilkan sebuah lagi kostum baru yang sangat menawan. Dengan kombinasi antara perisai dan pakaian tradisional, kostum Advanced Tech memang antara yang paling menonjol dalam senarai. Seperti namanya, kostum itu adalah versi kostum hitam dan merah ikonik milik Miles yang lebih baru dan canggih.

Satu lagi ciri eksklusif PlayStation 5 juga disertakan dengan update ini, di mana Insomniac menambah ciri “deformasi otot yang realistik” pada permainan. Walaupun Insomniac tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana ia berfungsi, ramai menjangka bahawa pemain dapat melihat otot-otot Miles melentur setiap kali dia menarik, mengangkat, menumbuk, atau membuat apa-apa aksi yang berkaitan. Walaupun ciri ini hanya berfungsi pada pakaian tertentu, tambahan kecil ini menunjukkan bahawa Insomniac memanfaatkan sepenuhnya teknologi perkakasan PS5.

Walaupun mereka tidak mengumumkan apa-apa expansion untuk Spider-Man: Miles Morales, sekurang-kurangnya kita dapat beberapa kostum tambahan melalui kemas kini percuma seperti ini di masa depan. Bagi mereka yang ingin mencuba kostum Advanced Tech, anda hanya perlu memuat turun kemas kini terbaru di permainan, dan semuanya sudah tersedia untuk kita cuba!

Untuk segala liputan kami tentang Spider-Man: Miles Morales termasuk ulasan saya, sila tekan pautan ini.

Sumber – Insomniac Games

Muat turun di sini
Marvel's Spider-Man: Miles Morales
Publisher: Sony Interactive Entertainment
Developer: Insomniac Games
Release Date: 2020-11-12
PlayStation 4, PlayStation 5
Dalam pengembaraan terbaru di dunia Marvel's Spider-Man, remaja Miles Morales menyesuaikan diri di rumah barunya sambil mengikuti jejak mentor, Peter Parker, sebagai Spider-Man terbaru. Tetapi ketika perebutan kuasa yang sengit mengancam untuk menghancurkan kediaman barunya, wira yang bercita-cita ini menyedari bahawa "with great power, comes great responsibility". Untuk menyelamatkan New York, Miles mesti mengkuasai dirinya sebagai Spider-Man.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Advanced TechInsomniac GameskostumPS4ps5Spider-Man: Miles Morales
Previous Post

Promosi Kingdom Hearts PC boleh didapati sekarang di Epic Games Store!

Next Post

Razer melancarkan koleksi pakaian Kanagawa Wave dibuat dari Plastik Laut

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Razer melancarkan koleksi pakaian Kanagawa Wave dibuat dari Plastik Laut

Razer melancarkan koleksi pakaian Kanagawa Wave dibuat dari Plastik Laut

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd