Dilancarkan pada 21 Oktober 2022, Warner Bros. Games telah melancarkan update percuma buat Gotham Knights dengan menampilkan dua mode co-op baharu iaitu Heroic Assault dan Showdown.
Walaupun ianya percuma, anda perlu bermain sehingga beberapa fasa untuk membukanya. Bagi Heroic Assault, anda perlu bermain mencapai “Case File 05” di kempen utama. Manakala untuk mode Showdown pula, ia akan dibuka apabila pemain telah mengalahkan semua bos dalam setiap “Case File” villain.
Heroic Assault

Mode online co-op ini membolehkan pemain bergabung dalam skuad berempat dan menerokai kedalaman di bawah Gotham City untuk berdepan dengan musuh dan menyelesaikan cabaran di 30 tingkat yang penuh aksi. Seperti yang anda lihat di dalam trailer yang baru dikeluarkan, mode ini menampilkan ancaman baharu yang menjadi punca huru-hara—Starro (The Conqueror) dan Man-Bat (hibrid separuh manusia / separuh kelawar).
Showdown

Mode online co-op yang dimainkan seramai dua orang ini boleh menghadapi versi supercharged DC Super-Villains termasuk Mr. Freeze, Harley Quinn, Clayface dan Talia al Ghul. Menewaskan bos ini dalam mode Showdown akan memperoleh “legendary gear blueprints” baharu, “unique suit” dan “Batcycle colorways” untuk setiap musuh yang dikalahkan.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, Gotham Knights akan menceritakan tentang Gotham City selepas Batman mati. Berikut adalah sinopsisnya.
Batman sudah mati. Dunia penjenayah yang luas dan baru telah melanggar jalan-jalan di Gotham City. Kini terpulang kepada Keluarga Batman – Batgirl, Nightwing, Red Hood, dan Robin – untuk melindungi Gotham, membawa harapan kepada warganya, disiplin kepada polisnya, dan ketakutan kepada penjenayahnya.
Daripada menyelesaikan misteri yang menghubungkan bab paling gelap dalam sejarah bandar itu kepada mengalahkan penjahat terkenal dalam pertembungan epik.
Update percuma Gotham Knights telah pun tersedia. Anda boleh download dan mulakan pertarungan yang epik bersama kawan-kawan. Gotham Knights kini tersedia di pelbagai platform termasuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak liputan menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post