SONY telah mengesahkan bahawa konsol next-gen baru mereka telah secara rasmi dipanggil PlayStation 5, dan ia akan dilancarkan tahun depan untuk “Holiday 2020” atau nama lainnya lewat 2020.
PlayStation 5 launches holiday 2020: https://t.co/VuaxUVoBaR #PS5 pic.twitter.com/MPkKyRaHio
— PlayStation (@PlayStation) October 8, 2019
SONY juga mengumumkan beberapa perubahan pada controller PS5. SONY yang menggunakan teknologi rumble sejak permulaan PlayStation akan digantikan dengan teknologi maklum balas haptik baru yang berjanji akan menawarkan “maklum balas yang lebih luas”.
Perubahan besar lain yang dinyatakan oleh Sony ialah teknologi “adaptive trigger”, yang akan digunakan pada trigger utama R2/L2 pada controller PS5. Menurut Sony, developer dapat “mengubah rintangan trigger” untuk memberi pemain gambaran atau perasaan menarik panah atau memandu di tanah yang tidak rata. Berita ini amat mirip dengan paten Microsoft, yang juga mempunyai sistem trigger yang sama untuk controller akan datang Xbox mereka.
Itu sahaja, pengumuman yang lama ditunggu-tunggu oleh peminat dari SONY bahawa pembikinan PlayStation 5 masih berjalan lancar. Tidak lama lagi kawan-kawan sekalian. PlayStation 5 akan keluar tahun depan sudah.
Sumber – PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post