Selepas Ubisoft mengumumkan pemberhentian produksi mainan untuk Starlink: Battle for Atlas, mujur ada berita baik untuk peminat para game ini. Selain daripada mendapat PC Port, Starlink: Battle for Atlas juga akan menerima content baru dan percuma pada segala pelantar hasil daripada update Crimson Moon yang tiba dua hari lepas, pada 30 April.
Pemain Starlink boleh mengharapkan misi-misi baru, weekly challenge, dan mode racing yang boleh bermain antara single player atau cooperative play via split screen. Leaderboard juga akan muncul pada update ini, membenarkan korang semua untuk berkongsi score dan stat bersama pemain lain di seluruh dunia.
Ubisoft juga mengumumkan paid downloadable content baru yang sudah keluar pada 30 April lalu. DLC ini muncul dalam bentuk Starship baru serta Pilot dan Weapon Pack yang mengandungi 5 pilot baru, 3 Starship, dan 11 senjata yang boleh didapati secara digital. Pemain Nintendo Switch juga boleh membeli content Star Fox tambahan, seperti story mission yang menugaskan anda untuk memburu Star Wolf, dan 3 pilot terkenal: Peppy, Slippy, dan Falco! Setiap pilot baru ini mempunyai skill tree dan kebolehan mereka tersendiri.
Versi PC untuk game ini akan feature segala content seperti di pelantar lain kecuali content eksklusif Nintendo Switch. Pemain PC juga menerima Starship support bentuk fizikal walaupun produksinya telah tamat. Senarai penuh untuk required PC specifications boleh dibaca di laman web rasmi Ubisoft.
https://www.youtube.com/watch?v=Nz8zOhUEdgE&feature=youtu.be
Sumber – Ubisoft
@gamersantaimy
Discussion about this post