Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

UPDATE Besar 5.1 di PUBG memberi pemain Miramar Baru, Vending Machine, & Mekanik Membaling Senjata Melee!

Macam-macam update pasti mengubah strategi permainan.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 4, 2019
in Artikel, Berita, Bimbingan, Fakta & Trivia, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
UPDATE Besar 5.1 di PUBG memberi pemain Miramar Baru, Vending Machine, & Mekanik Membaling Senjata Melee!
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pernah mengambil kuali atau senjata lain di PlayerUnknown Battlegrounds dan berfikir “Hurm, nak sangat baling kuali ini kepada musuh di sana,” hajat anda kini boleh ditunaikan dengan pelancaran Update 5.1 besar dalam Season 5. Update ini boleh didapati di server langsung setiap platform termasuk konsol dan PC, dan dengan itu kemunculan update ini, datang pelbagai tambahan baru.

Rumusan penuh tentang beberapa penambahan penting Update 5.1 dapat dilihat di bawah, walaupun tetapan yang disenaraikan adalah untuk versi PC.

Update Miramar

Litar Lumba A La Muerte Vamos

  • Sebuah litar lumba telah ditambah, iaitu A La Muerte Vamos di Miramar.
  • Anda kini boleh mencari prop untuk aksi gila seperti tanjakan, loop, platform dan papan tanda merentasi Miramar.

Mirado Emas Baru

  • Mirado emas telah ditambah ke Miramar, yang hanya boleh ditemui di garaj di Hacienda del Patron.
  • Sesetengah kawasan di Hacienda del Patron telah diselaraskan untuk membolehkan anda memandu Mirado emas dengan selamat.
  • Hanya satu Mirado emas yang dihasilkan dalam setiap perlawanan.

Miramar yang lebih Bersih

  • Buang beberapa objek kecil dan sampah di dalam dan di sekeliling bangunan untuk mengurangkan keselerakan dan membuat pergerakan lebih mudah apabila looting.

Vending Machine

Vending machine telah diletakkan di Miramar dan Camp Jackal untuk memberikan pengalaman looting baru selain daripada mengutip barang-barang yang muncul di atas lantai.

  • Anda boleh mendapatkan Painkiller dan Energy Drink dari vending machine.
  • Di Miramar, vending machine muncul secara rawak di lokasi yang ditetapkan.
    • Lokasi: Arena, Kasino, stesen minyak, Motel dan bangunan komersial.
  • Di Camp Jackal, vending machine selalu muncul di gudang dan stesen minyak.
  • Jika anda bernasib baik, vending machine boleh mengeluarkan banyak Energy Drink sekaligus.
  • Berhati-hati apabila anda menggunakan vending machine sebagai perlindungan. Vending machine dilengkapi oleh teknologi, dan sebarang cubaan untuk merosakkan mesin boleh mendedahkan lokasi anda kepada musuh!

Ciri Gameplay Baru

Win94 Dilahirkan Semula.

  • Win94 kini akan datang secara automatik dilengkapi dengan skop 2.7x. Spesifikasi lain tidak berubah.
  • Win94 kini menjadi senjata eksklusif Miramar.

Membolehkan pemain membaling item yang diminta oleh rakan sepasukan.

  • Apabila rakan meminta item penyembuhan atau peluru melalui mesej radio (mouse wheel), sebuah ikon akan muncul di atas kepala mereka, dan meminta pemain untuk membuang item yang diminta dengan menekan butang berinteraksi (F).
  • Item boleh dibuang maksimum 15m.
  • Semasa berlari atau dalam keadaan kedudukan sukar, rakan sepasukan mungkin tidak dapat membuang item ke lokasi anda dan barang-barang tersebut akan jatuh di kawasan berhampiran.
  • Item yang dibuang kepada anda oleh rakan sepasukan akan diletakkan terus ke inventori anda.
  • Jika inventori anda penuh, barang-barang akan jatuh di tanah di kaki anda.

Menambah ciri pertempuran baru: melontarkan senjata melee.

  • Anda kini boleh menggunakan semua senjata melee sebagai alat yang boleh dilontarkan untuk menyerang musuh.
  • Banyak senjata melee kini boleh dibawa dalam inventori, membolehkan anda membawa sekaligus.
  • Terdapat dua kategori melee damage apabila digunakan.
    • Parang, Crowbar, Sabit: jarak lemparan maksimum adalah 40m dan damage akan berkurang dari 75 hingga 25 berdasarkan jarak.
    • Kuali: jarak lemparan maksimum adalah lebih pendek daripada senjata melee lain pada hanya 30m tetapi damage adalah 90 hingga 40 berdasarkan jarak.
  • Untuk mengenakan damage maksima, anda perlu berada dalam lingkungan 15m. Damage akan bermula dari jarak 15-30/40m.
  • Dalam jarak 15m, satu lontaran ke kepala boleh membunuh musuh yang tidak memakai helmet.
  • Tekan RMB sambil memegang senjata melee dan kemudian tekan LMB untuk lontar.
  • Trajektori akan ditunjukkan apabila menyasark, seperti bom tangan.

Sumber – PUBG NEWS

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: A La Muerte VamositemMiradoMiramarPCPlayerUnknown BattlegroundsSeason 5Update 5.1Vending MachineWin94
Previous Post

Trailer Guilty Gear baru mendedahkan Chipp Zanuff & Potemkin sebagai Watak Terbaru!

Next Post

Mari kita berkunjung setiap LOKASI di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile! [BAHAGIAN 2]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Mari kita berkunjung setiap LOKASI di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile! [BAHAGIAN 2]

Mari kita berkunjung setiap LOKASI di peta Battle Royale Call of Duty: Mobile! [BAHAGIAN 2]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd