Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Update baru Dragon Ball Z Kakarot rasmi menambah Gotenks & Vegito!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 20, 2021
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PS4, Xbox One
0 0
0
Update baru Dragon Ball Z Kakarot rasmi menambah Gotenks & Vegito!
Share on FacebookShare on Twitter

Buat peminat anime yang menunggu update terkini Dragon Ball Z Kakarot, akhirnya Bandai Namco telah menambahkan sejumlah kandungan baru dalam permainan yang kini tersedia secara percuma! Secara ringkas, update terbaru Dragon Ball Z Kakarot menambah dua watak baru iaitu Gotenks dan Vegito, dan lebih banyak tahap kesukaran bagi pemain yang inginkan cabaran.

【#ドラゴンボールZ KAKAROT】
NintendoSwitch版で先行実装していた
ゴテンクス&ベジットがプレイアブルになるサブストーリー、
難易度調整、チュートリアル変更を
PS4/Xbox One版にて配信いたしました。
大変お待たせいたしました。

引き続き、ドラゴンボールZ KAKAROTをお楽しみください。#DBZK

— 「ドラゴンボール」家庭用ゲーム公式 (@dbgame_official) October 19, 2021

Khas untuk versi PS4 dan Xbox One, kemas kini 1.81 khususnya menambah sub-story yang sebelum ini hanya tersedia untuk versi Nintendo Switch sahaja. Berjudul “Elder Kai, Vegeta, Bulma, dan A Little Healthy Competition“, sub-story ini dapat dimainkan setelah menyelesaikan jalan cerita utama, dan sepatutnya akan membuka Vegito dan Gotenks, dua watak fusion paling terkenal dalam sejarah Dragon Ball.

Dragon Ball Z Kakarot

Seiring dengan itu, para pemaju juga menjelaskan bahawa tahap kesukaran telah diubah suai untuk watak-watak tertentu, bersama dengan perubahan pada tutorial bagi membantu pemain baru menyesuaikan diri dengan mudah.

Game ini keluar sejak Januari 2020, tetapi saya agak gembira melihat Bandai Namco masih mengekalkan update baru walaupun kita hampi menuju ke tahun 2022. Versi Nintendo Switch baru sahaja keluar pada 24 September 2021 lalu dan menerima sambutan positif oleh komuniti. Saya juga telah membuat ulasan untuk DBZ Kakarot dan berikut adalah antara pendapat saya:

“Dragon Ball Z: Kakarot adalah pengalaman yang cantik dan mempunyai visual yang menawan serta aksi pertempuran dan jalan cerita yang hebat, tetapi elemen-elemen lain terasa agak hambar. Itu tidak bermaksud game ini teruk atau membosankan, cuma ia boleh memberi impak yang lebih kuat.

Sebagai seorang peminat anime, saya mengesyorkan bahawa Dragon Ball Z: Kakarot adalah permainan video yang seronok dan memberi nafas baru kepada francais Dragon Ball. Bagi mereka yang ingin mengalami dunia Dragon Ball paling tulen, ini adalah game paling sesuai untuk anda.”

DBZ Kakarot Update 1.81 slammed out This October 19th - Game News 24

Dragon Ball Z Kakarot kini tersedia untuk PS4/PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, Xbox One, dan Nintendo Switch. Untuk segala liputan kami tentang Dragon Ball, sila tekan pautan ini.

PC
PS4
Dragon Ball Z: Kakarot
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: CyberConnect2
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Dragon Ball Z: Kakarot adalah game action RPG Dragon Ball yang bermula dari awal permulaan manga/ anime hingga ke kesimpulan epiknya. Dalam pengembaraan Saiyan Super ini, anda akan bertemu dengan pelbagai watak terkenal dan menavigasi di dunia ikonik Dragon Ball Z.  
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Bandai NamcoDragon Ball Z KakarotUpdate
Previous Post

Valve memperkenalkan sistem Deck Verified untuk Steam Deck!

Next Post

Chan Su Ling, rakyat Malaysia pertama melakonkan suara untuk Funimation!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Chan Su Ling, rakyat Malaysia pertama melakonkan suara untuk Funimation!

Chan Su Ling, rakyat Malaysia pertama melakonkan suara untuk Funimation!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd